setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Saturday, January 1, 2011
--andai ia cerita....ttg azam..
--Bersyukur kerana masih boleh bernafas di ambang 2011.Bak kata bijak pandai..atau orang yang memandai...2011 hanya angka...tiada berubah atau mengubah apa-apa.yang Pasti,semakin jauh kita pergi semakin dekat dekat kematian.Tidak ada satu ketetapan,bahawa esok milik kita.Tiada jua kepastian berapa lama masa yang ada,yang paling pasti,setiap saat,detik,masa ,ketika akan di hisab.Saya tidak mengejar sebarang azam,kerana setiap hari saya berazam,dapat melalui kehidupan untuk diri dan orang lain.Setiap hari saya berazam,hari yang akan saya lalui,lebih baik dari hari yang saya tinggalkan,Setiap hari saya berazam,mengumpul sebanyak amalan untuk alam yang mendatang.Azam saya bukansetakat pada tahun baru.Setiap hari,saya mengingatkan diri,ilmu yang ada untuk dikongsi,,,,dan saya juga berazam saya bukan sekadar mualim,namun juga muadib dan murabbbi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment