Wednesday, January 19, 2011

-Sedikit perkongsian ilmu

-Sekolah Rendah Islam Atau SRI
...Ramai rakan dan taulan sering bertanyakan soalan perbezaan konsep sekolah agama dan Sekolah Rendah Islam.Dibawah disenaraikan beberapa fakta bagi perkongsian bersama.

1.Konsep SRI adalah integrasi KBSR dan Pensijilan matapelajaran Agama yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.Bermaksud mata pelajaran spt Bm,Bi dsb adalah wajib diajar ditambah beberapa subjek seperti AL -Quran,JAwi,Bahasa Arab dll,
2.SRI berdaftar dengan Kementerian bagi mendapatkan lesen sekolah.Justeru itu SRI berdaftar akan dipantau dengan PAT-IPS dan SkIP bagi memastikan mutu dan kualiti terjamin,.Pemantauan yang dijalankan dilaksanakan peringkat Jabatan,dan mempunyai standard yang agak tinggi.
3.SRI juga berdaftar dengan KWSP,SOCSO dan teringkat dengan LHDN.Oleh itu pentadbiran SRI amat Kompleks.Kami juga diwajibkan dengan pemeriksaan dari bomba,Kementerian Kesihatan dan badan badan berkaitan.
4.Proses mempembaharui lesen juga agak ketat.Pelan bangunan,audit merupakan pra syarat yang cukup memeningkan.
5.Pihak SRi perlu berebut mendapatkan bukuteks KBSR di pasaran terbuka.Dan kami mengeluarkan belanja yang cukup besar bagi mentadbir urus sekolah.
6.Bagi peperiksaan,pihak pentadbiran perlu mengikut garis panduan Lembaga Peperiksaan.

Sekolah agama pula,merupakansekolah yang hanya fokus dengan Fardhu Ain dsbnya.Pengurusannya juga tidak kompleks dan tidak memakan belanja yang besar.Kebanyakkan sekolah agama dibawah pentadbiran kerajaan negeri.

Kos bagi pentadbiran SRi An Nur pada 2010 mengjangkau RM 300 ribu ringgit tidak termasuk kos pembinaaan prasarana yang menelan hampir Rm 400 ribu.

Secara mudah,kami yang menguruskan sebuah sekolah integrasi swasta,perlu memikirkan dana dan kecairan ditahap maksimum.


Maklumat dan perkongsian diatas hanya bagi sekolah rendah,tidak termasuk pengurusan sekolah menengah,

Monday, January 17, 2011

-Satu cerita
.....Ayah mertua merupakan salah seorang lelaki romantik yang pernah saya kenali.Romantik mengikut kaca mata saya yang agak rabun ini,bukan dengan bunga atau coklat sebagai penyeri,bukan juga dengan hadiah yang beribu-ribu,tetapi romantik dengan hati.Melewati sedekad saya menjadi anak menantu,jarang-jarang saya lihat baju dibasuh oleh ibu mertua.Begitu juga rutin mengelap lantai,semuanya diselesaikan oleh bapa mertua saya.Hari demi hari tugas ini dilakukan dengan begitu tersusun.Beliau merupakan ahli peniagaaan yang sememangnya sibuk.Beliau juga sentiasa terkejar-kejar dengan urusan surau,masyarakat dan seribu macam kerja yang saya sendiri kurang pasti.Namun untuk isteri tersayang,di hujung-hujung usia,segala beban dikongsi bersama.Saya teramat kagum.Kagum dengan prihatin dan tanda cinta,yang tidak terlihat oleh orang lain.ditengah keserabutan dengan pelbagai onak dan duri,beliau masih ada sedikit masa untuk mendengar cerita sang isteri...romatik itu memang lahir dari hati.

-visa Umrah 2011

-Menjadi kelaziman,tanah Haram Makkah dan Madinah akan ditutup seketika selepas musim Haji.Sekiranya ada yg menunaikan umrah dalam masa ini,tidak lain,org berkenaan adalah vip ,ultra vvip,yg membayar ribuan ringgit melebihi org lainBagi org awam di Malaysia,visa ini akan dibuka pada 15/2.Maksudnya,en suami akan ^kepergian^ selepas tarikh ini.Kemungkinan juga en suami akan memohon visa bussiness untuk terbang sebelum tarikh 15/2.Urusan visa ke tanah suci ialah perkara 'sacred'.payah ditelah atau diagak cara kerja yang di gelar bangsa Arab.Untung nasib..timbul...Bagi saya disini,semuanya menjadi normal dalam segala kekalutan.Sejak dari 2010-2011 saya masih tidak mengambil cuti.Saya sudah bekerja selama 365 hari yang disambung ke 365 berikutnya.Ikutkan nafsu yang memang raja segala raja,ingin saja saya tidur dan melupakan pejabat dan urusannya.Namun saya masih tidak mampu untuk "berlakon" senggang dalam waktu ribut.Masih ada invois yang beratusan untuk disemak,dibayar,,,,,di hitung..bla,bla,bla.Masih ramai "staff' yang memerlukan sokongan moral untuk terus bekerja.Dan saya sendiri perlu menambah semangat diri,menjadi kerja satu seni yang tinggi harganya..

Thursday, January 6, 2011

-Masjid-

===Saya teringin sekali membina sebuah masjid,jika tidak sepenuhnya,boleh menyumbang sebahagian darinya.Apabila saya dilantik sebagai salah seorang tenaga pengurusan Kompleks Tarbiyyah An Nur,keinginan ini kembali membuak.Sejak dari 3 tahun lepas,kami mencari diserata ceruk rantau untuk menambah dana pembangunan sekolah,mahupun dana masjid.Tidak lupa dana pengurusan kedua-dua buah sekolah.Secara mudah,setiap tahun,kami memerah otak mencari ratusan ribu untuk memastikan projek pembangunan dapat disiapkan.Alhamdulilah,disamping 5 tingkat bangunan kelas,4 tingkat bangunan yg lain sudah mencapai tahap 90 %.Dijangka,pembinaan masjid akan bermula dalam masa terdekat.modal kerja yang disimpan,hampir mencecah 200 ribu ringgit.Masih memerlukan 2-3 juta ringgit.Saya yakin tiada yg mustahil.Pengalaman mendidik saya,dgn keyakinan pada rezeki dan ketentuan.Hanya perlu berusaha.Masjid bukan lambang kemegahan.Masjid hanya lambang taqwa.Semoga usaha ini diberi RahmatNYa.

Saturday, January 1, 2011

--andai ia cerita....ttg azam..

--Bersyukur kerana masih boleh bernafas di ambang 2011.Bak kata bijak pandai..atau orang yang memandai...2011 hanya angka...tiada berubah atau mengubah apa-apa.yang Pasti,semakin jauh kita pergi semakin dekat dekat kematian.Tidak ada satu ketetapan,bahawa esok milik kita.Tiada jua kepastian berapa lama masa yang ada,yang paling pasti,setiap saat,detik,masa ,ketika akan di hisab.Saya tidak mengejar sebarang azam,kerana setiap hari saya berazam,dapat melalui kehidupan untuk diri dan orang lain.Setiap hari saya berazam,hari yang akan saya lalui,lebih baik dari hari yang saya tinggalkan,Setiap hari saya berazam,mengumpul sebanyak amalan untuk alam yang mendatang.Azam saya bukansetakat pada tahun baru.Setiap hari,saya mengingatkan diri,ilmu yang ada untuk dikongsi,,,,dan saya juga berazam saya bukan sekadar mualim,namun juga muadib dan murabbbi...

---SeLAMat HaRi ULAng TAhuN untuk yg TersaYang

SeLamat Ulang Tahun untuk suami yang amat dikasihi..:-
1.Selamat ulang tahun ke 33 dan ke 34...maklumla En suami ada dua tarikh lahir...
2.Harapnya dah puas hati dengan jam Aigner...dan beg Genuine Leather...tolong lupakan bRaun Buffel:))sebab adinda kekiringan duit..pitis...sob sob sob
3.Jgn Lupa impian nak bawa isteri rehat sehari dua..kalau tak boleh ke Singapura,,,,ke Turki pun boleh...hehe
4.Kalau ada kesempatan...kita raikan berdua..mohon maaf dengan segala kesibukkan...insyallah 3 minggu lagi. bolehlah nak menerbangkan diri....