Saturday, October 16, 2010

Raudhah

cerita kami...
Kehadiran kami di Madinah,banyak menemukan kami dengan ramai rakan dan taulan.Jadual kami bukan setakat ibadah dan ziarah,namun juga beberapa komitmen melibatkan kerja yang tidak pernah selesai.Madinah juga menemukan saya dengan beberapa wakil pelajar Universiti Madinah.Pendek kata,hari yang pendek kami,berubah menjadi hari yang panjang.Pada satu malam,suami memaklumkan kami mempunyai janji temu di sebuah restoran di pusat bandar Madinah.Jadi,sebelum Maghrib saya melangkah ke masjid sendirian,Tanpa di sangka saya dirayu oleh seorang kakak dan ibunya untuk membawa mereka ke Raudhah.Usai Isyak,saya bertemankan 2 insan yang baru dikenali menunggu untuk Ke Raudhah..Rupa-rupanya sukar untuk ketempat yang dijanjikan mustajab doa ini.Detik demi detik,jam bergerak ke jam 9,kami masih menunggu giliran.Dalam rasa serba salah teringat pesan suami,dan rasa serba salah menghampakn insan yang amat berharap,saya pasrah.Dalam dihambat seribu rasa, suami menelefon,supaya saya selesaikan apa yang perlu,akhirnya saya berjaya melunaskan harapan dua insan yang begitu menginginkan untuk ke Raudhah.Alhamdulilah..DOa saya semasa di Raudhah,hampir semua sudah dikabulkan Allah.....tiada apa lagi yang saya inginkan di dunia...hanya rahmatNYa

No comments:

Post a Comment