Sepanjang menetap di Kelantan hampir 4 tahun ,ruang dapur merupakan ruangan yang menduduki carta tercorot :).Disebabkan urusan kerja yang tak kunjung habis (sekadar alasan menyedapkan hati),memasak menjadi perkara terakhir akan dibuat.Tapi,di awal Oktober ini,diri ini ingin membulatkan azam sempena November,ingin memasak sebanyak mungkin untuk suami dan keluarga tercinta...harapan di sudut hati,semoga angan-angan ini tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam.Memasak bukan lah payah,tetapi,minat yang tidak berapa mendalam ini,banyak menjadi batu penghalang.Penghalang yang paling besar ialah diri sendiri.Jadi ,sebagai langkah jangka pendek,kena mengingatkan perkara-perkara di bawah
:)
1.ibu mertua yang letih memasak akan menunaikan fardhu haji selama 40 hari,sekiranya masih malas,anak ,suami ,adik ipar terpaksa mengikat perut.
2.Ssudah terlalu lama berehat dari memasak,bertahun-tahun,sebelum semua skill hilang dari serebelum,baik mulakan semula
3.memasak kan tugas mulia....hheheheh
ya Allah ,berikanlah kekuatan....
No comments:
Post a Comment