Wednesday, April 7, 2010

sehr i istanbul

Berhadapan dengan tekanan kerja yang memanjang ,banyak melepaskan peluang dan ruang untuk diri sendiri.Namun,bila terdengar sebuah alunan yang amat menyentuh jiwa,tiba-tiba hatiku meronta-ronta untuk mengenali tempat lagu itu diilhamkan.Diriku seolah-olah terasa betapa berat dan saratnya si pemunya kisah yang dinukilkan itu.Tiba-tiba,semua yang maha berat di dadaku,terasa begitu ringan.Hatiku dipangil dan diseru untuk melihat sendiri betapa derita si dia dalam kisah lagu yang mengubah semua laraku ini.Malu sipemunya tubuh ini,merintih dengan keluh sebesar zarah.Waima orang lain,merintih untuk manusia yang belum pasti kemanusiannya.Aku insan kerdil,tidak punya hati sebesar Fateh...tentera terbaik,untuk peminpin terbaik.Malu diri ini hanya kalut dan hanyut sendiri,tanpa lupa org lain yg sanggup mati untuk agamaNya.ya Allah..ampuni diriku,Aku benar-benar ingin kesana....Ya Allah ..semoga aku kesana seberapa segera..amin

Thursday, April 1, 2010

NIK LEA Maryam

Usahawan

Pada akhir-akhir ini,saya mempunyai satu minat baru yang agak mengujakan.Minat untuk menjadi usahawan.Saya dan perniagaan bukanlah sesuatu yang asing.Hampir 70 % ahli keluarga saya adalah peniaga.komunikasi jualan,psikologi pembeli merupakan makanan rutin ketika kecil.Ibu saya sendiri seorang suri rumah sepenuh masa,tetapi mempunyai sumber kewangan yang stabil hasil dari perniagaan kecil-kecilan.Begitu juga pakcik,makcik dan beberapa sepupu.Pada awal usia 20-an saya tidak terfikir untuk menjalankan sebarang perniagaan,disebabkan saya agak taksub dengan minat yang lain.Cuma akhir-akhir ini,saya teringin untuk membantu orang yang memerlukan.Jadi saya memutuskan untuk bermula dengan satu langkah.Alhamdulilah,suami tidak menghalang.Kebiasaannya saya tidak suka dengan hasil yang sekadar melepas kan batuk ditangga,tapi bila difikirkan ,saya ada keutamaan yang lain.satu misi yang jelas,perniagaan ini untuk membantu orang-orang yang memerlukan,Dan saya amat berharap untuk menunaikan haji seberapa segera,sebelum dijemput oleh Nya.amin.

Saturday, March 20, 2010

Hakikat hidup

Sebelum berkahwin,saya amat agresif dalam bertindak.Semua perkara sentiasa ada didalam spektrum optimis.Sesukar mana permasalahan yang wujud,saya sering cuba selesaikan.Dikalangan kenalan,sukar menelah apa yang tersirat,kecuali saya yang membuka mulut.Malangnya ,saya jarang terpanggil untuk bercerita mahupun berkongsi.Disebabkan terlalu biasa dengan masalah,jarang saya menggangap masalah adalah satu masalah.
Selepas berkahwin,peta pemikiran saya masih sama.Setiap konflik yang timbul,sering mengembirakan.Saya sentiasa percaya,jalan keluar akan sentiasa wujud.Cuma,saya mempelajari sesuatu yang Maha penting.Perkongsian itu indah.Suami saya banyak mengajar saya erti cinta dan sayang.Bagaimana untuk mempercayai,bagaimana untuk hidup berdua dan yang lebih penting hidup bersama orang lain.Orang seperti saya,mahir bekerja,tetapi kerap gagal untuk memberi peluang kepada orang lain.Suami saya tidak memaksa,dia hanya menunjuk jalan.Hidup bukan hanya untuk diri sendiri,tetapi juga orang lain.Dan saya,tidak perlu keseorangan,dia sentiasa bersama,tika suka dan duka.
Walaupun,masih banyak yang hanya berlegar dikotak pemikiran,sedikit demi sedikit,saya membukalebih banyak ruang untuk orang lain.

Sunday, March 14, 2010

JAsa

Tidak mudah rupanya untuk membesarkan seorang anak.Jika berdua,bertambahlah kesulitannya.Bagaimana kalau 10? Alhamdulilah,kami suami sendiri dikurniakan sepasang cahayamata yang cukup keletah.Walaupun kami ibubapanya,yang banyak menjaga dan mengasuh,adalah datuk dan nenek mereka.Tugasan yang tak kunjung padam,banyak memakan sebahagian masa kami.Jadi pada nenda ,tempat mereka bergantung kasih.Walaupun pada orang lain duduk bersama mertua,mengundang gelisah,pada kami ia satu rahmat.Bukan semua yang bertuah seperti kami sekeluarga.Jika orang lain terbeban dengan masalah orang gaji,pusat asuhan,beban kewangan,kami aman dari semua masalah itu.rumah sendiri,hanya menjadi tempat persinggahan.Bila difikir-fikir,siapalah akan menemani ibu dan ayah bila kami melangkah keluar.Hayat mereka pun bukan panjang.Cucu pun masih tidak ramai.Sekiranya ada khilaf satu dan dua,bukankah itu lumrah?Lidah mana yang tidak tergigit.yang paling utama,memastikan kedua-dua cahaya mata kami mendapat yang terbaik.Duit boleh dicari,kasih sayang tidak ada galang ganti.Pada rakan dan sahabat,hargailah orang yang dekat dengan kita.