Sunday, December 11, 2011



DATE : 5 JAN 1937




STATE TRADITIONAL ULAMAS:
1.HJ IBRAHIM
2.HJ AHMAD MAHIR
3.HJ AHMAD MANAN
4.HJ ABDULLAH TAHIR

REFORMIST ULAMAS
1.HJ WAN MUSA
2.HJ ABBAS TAHA
3.DR BURHANUDDIN

The crux of Hj Wn Musa arguments is that Muslims are not required to adhere to a specific school of law,rather they are free to pick and choose from any of the legal opinions of the four major school deemed suitable and convincing.

Kuasa KePEMIMPINan Al-Fateh: Testimoni Prof Redzuan Othman

Kuasa KePEMIMPINan Al-Fateh: Testimoni Prof Redzuan Othman: KATA PENGANTAR Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul merupakan ibukota kepada Empayar Byzantium yang diasaskan pada tahun 324 ...

Pengenalan: Tahfiz

Dewasa ini,menjadi satu trend untuk ibubapa memilih aliran tahfiz sebagai salah satu pilihan pengajian untuk anak-anak mereka.ramai ibubapa yang meletakkan harapan menggunung untuk merealisasikan harapan mereka.Disebabkan permintaan yang tinggi,Maahad tahfiz muncul bagai cendawan selepas hujan.

Di bawah merupakan beberapa panduan ringkas bagi memperkenalkan sistem dan jenis sekolah tahfiz yang wujud di Malaysia.

1.Secara am,tahfiz merupakan instituisi pendidikan yang menawarkan peluang bagi pelajar menghafal 30 juzuk Al Quran.Pada asalnya pengajian tahfiz tidak begitu meluas di Malaysia.Tahfiz hanya dijadikan subjek hiliran di sekolah-sekolah agama.Apabila kerajaan Negeri Kelantan mempelopori sekolah berorientasikan tahfiz,ia mula menjadi ikutan,dan bertambah di seluruh pelosok negara.


Antara sekolah-sekolah yang wujud:-

1.Sekolah atau Maahad yang menawarkan aliran tahfiz penuh tanpa pengajian Deeniyah atau akademik.Sistem pengajian bercorak tradisional.Menggunakan teknik mengulang dan masih banyak wujud di pondok -pondok di kelantan ,Kedah dan beberapa negeri lain.
2.Sekolah atau Maahad menawarkan aliran tahfiz penuh dan deeniyah.
3.Sekolah atau Maahad tahfiz yang menawarkan aliran tahfiz penuh dan deeniyah serta akademik secara kelas tambahan.
4.Integrasi penuh tahfiz,akademik dan deeniyah.

Sistem integrasi penuh tahfiz,akademik dan deeniyah merupakan salah satu aliran moden yang menjadi rebutan ibubapa.Sistem ini bermaksud pihak instituisi menawarkan pengajian penuh tahfiz,dan menyediakan peluang pengajian akademik dan deeniyah yang seimbang.Sekolah di tadbir secara tersusun kerana sistem ini memerlukan gerak kerja yang teratur.Kos pengurusan juga lebih mahal kerana ada tiga bentuk pengajian di sebuah sekolah yang diintegrasikan.

bersambung

Friday, December 9, 2011

Ubat penyakit Bosan

Jika kita terasa bosan,apa yang boleh kita lakukan....

1.Mendoakan ibubapa yang mengasihani kita semasa kita kecil
2.Mendoakan almarhum-almarhumah ahli keluarga dan seterusnya Muslimin dan Muslimat yang telah pergi.
3.Menulis senarai wasiat,hutang-hutang,sekiranya esok kita mungkin di panggil kembali.
4.Memohon maaf dan keampunan kepada orang-orang yang kita palit dosa pada mereka
5.Membaca Al quran memohon ketenangan jiwa.

Bosan ialah penyakit.Dalam kehidupan seorang Muslim yang ada hanya"damai" kerana Islam itu agama yang syumul.

Kalender

Selepas seminggu kembali dari Mekah , saya dan suami ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah seminar.Kembali kami ke Kelantan,suami menerima tetamu dari Majlis Agama Melaka.Pertemuan yang singkat tetapi membuahkan banyak hasil.Sepatutnya kami terbang ke Jakarta pada hujung minggu lepas,namun,kerana saya yang tidak berapa bersungguh,kami menukar laluan ke Pulau Pinang.Tidak tergamak untuk meninggalkan anak yang masih kecil.Ramai sahabat -sahabat kami temui di Penang.Berkesempatan ke Kedah ,memanjangkan silaturahim.
Tiga hari yang berkejar-kejaran.Kami terpaksa pulang ke Kelantan,kerana bapa saudara ingin suami menguruskan"calling visa"ke Riyadh untuk mereka.Dua hari di Kota Bharu,terbang pula ke Kuala Lumpur dan seterusnya Singapura untuk menghadiri satu lagi seminar.Saya pula telah mempunyai jadual temujanji yang padat sehingga hujung Disember.

Pada pertengahan Disember pula,suami akan terbang jauh sekali lagi . Visa ziarah ke Mekah juga sudah diperolehi.Maksudnya,banyak cerita pengembaraan sepanjang 2012 yang bakal menjelma.

Semoga di beri kesihatan yang baik untuk meneruskan sisa kehidupan.Sesungguhnya maut itu sentiasa menjengah kita.

Tuesday, December 6, 2011

Topeng mukabuku

Laman muka buku atau "facebook"telah menjadi sebahagian dari kehidupan.Hampir semua pengguna komputer mempunyai laman muka buku mereka yang tersendiri.Laman muka buku merupakan satu fenomena yang tidak diketahui sehingga bila.Satu masa dahulu pernah muncul Yahoo Mesengger,MIRc dan beberapa aplikasi yang sekarang mungkin tidak dikenali generasi baru milinieum.

Menyelusuri kisah manusia lewat muka buku atau "facebook" amat mengujakan . Ramai yang ingin berkongsi kisah.Ada yang mencari perhatian dengan berbagai rencam kiriman di dinding laman.Ayat -ayat seperti
"serabut","bosan" dan pelbagai kiriman cerminan jiwa kacau sedikit sebanyak membuka "wajah" kita kepada orang lain.Sekiranya kita seorang wanita,kita menunjukkan wajah kelemahan jiwa.Kekosongan hati dan mungkin satu dari seribu satu ciri kegagalan untuk menjadi calon isteri solehah.Jika kita semudah ABC bercerita masalah di laman muka buku,beerti kita seorang yang kurang "nilai' untuk di letak kepercayaan.Bukan semua masalah boleh di kongsi diruang seluas "facebook".

Facebook boleh memberi manfaat ,dan juga boleh memberi mudarat.Tidak perlu memuat turun beribu keping gambar sendiri.Wajah kita bukan gambar kalender yang boleh ditatap oleh setiap manusia.Terutama wanita.Tidak ada keperluan untuk "memuncung" ke kiri atau kekanan semata-mata ingin menunjuk betapa cantik kita di mata kamera.Simpanlah gambar-gambar hanya untuk tatapan peribadi,bukan dilacurkan sesuka hati di mata orang lain.

Wanita solehah untuk lelaki yang soleh.Sekiranya kita hanya menjadi
'ustazah" lewat laman facebook,tetapi tindakan dan pemikiran kita jauh dari apa yang kita katakan,tiada siapa yang akan menghormati diri kita.Selesaikan masalah peribadi,diruangan peribadi.Komen hanya yang perlu.Tidak perlu komen "ketawa sopan" atau "ketawa jahat".Ini hanya menunjukkan sikap kebudak-budakkan yang terserlah.Tidak perlu membiasakan diri beramah -mesra hatta lewat laman muka buku.

Jadilah wanita solehah yang mukminah.Jangan jadikan facebook sebagai dosa yang berterusan sehingga ke dalam kubur.Masih belum terlewat bagi memadam gambar-gambar yang tidak ada keperluan.Masih juga belum terlewat membetulkan niat bersosial di laman muka buku.Jadilah orang yang matang di dalam dan di luar laman muka buku.