Di musim menjelang Ramadhan Dan Aidilfitri,ramai dikalangan sahabat,ahli keluarga yang mula menjadi peniaga ,menambah pendapatan ,hobi dan meniaga dengan pelbagai sebab..Saya sangat menyokong semangat untuk menjadi peniaga dan semangat untuk mengembangkan perniagaan.
Bagi diri ini,saya tidak mencari duit dalam menjalankan urusniaga.Saya mencari silaturahim,keberkatan dan satu saluran menyampaikan bantuan untuk orang lain. Untuk kehidupan,pakaian dan keselesaan hidup,semuanya sudah tersedia oleh suami yang tercinta.
Peniaga mencari keuntungan optimum dan kos minimum,dalam agama,memberi sebanyak mungkin itu lebih mulia.Keuntungan pula untuk di dunia dan untuk akhirat.
Bagi yang baru bergelar,usahawan,jangan terburu-buru mengejar wang atau impak dari perniagaan,Rezeki itu dari Allah.Bersedekah untuk menambahnya.Jangan risau tentang kos,jangkaan untung kasar atau untung bersih,Allah itu maha mengetahui.
Jangan menunggu kekayaan bertimbun,baru merasakan kaya,rasa syukur ,walaupun nilai rezeki itu 10 sen sahaja.
Ke Mekah atau ke merata dunia,bukan kerana keuntungan perniagaan ,tapi kerana rezeki yang Dituliskan Allah.
Bantu orang lain,dan inshallah kita di bantu.ekonomi adalah satu putaran...perniagaan pula satu ibadah..jika kita seorang yang amanah,,pasti semua urusan menjadi mudah.
setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Saturday, June 29, 2013
Thursday, June 20, 2013
SEJADAH WANGI dari Turki.
Gul Kokulu Seccade
Sejadah Wangian Ros dari Turki.
Seccade bermaksud Sejadah |
Kedai menjual Sejadah Wangi di Turki |
Sejadah yang nipis |
Sejadah bermotif Ros |
Oren |
Antara corak yang diedarkan oleh stokis |
Pelbagai warna dan corak. |
Jenis Stok: Sedia Ada
Harga RM 60-80
Harga Bagi pemborong di sediakan.
0199831053
Tuesday, June 18, 2013
Kurangkan Berfikir tentang AKU>Fikirkan mereka...
Beberapa nilai kehidupan di bawah saya belajar dari seorang yang bergelar "SUAMI"
---Daripada hanya mengimpikan anak menjadi huffaz,jadikan anak orang lain juga sebagai hafiz dan hafizah.Semoga semakin ramai huffaz di bumi bertuah ini. Bina sebanyak mungkin madrasah -madrasah memupuk ilmu dan tunas Islam.
----Daripada hanya ingin membina banglo dan kediaman besar,bina Masjid yang menjadi lambang penyerahan kepada Pencipta.
-----Daripada menunaikan Haji atau Umrah berkali-kali,beri orang yang tidak berpeluang untuk pergi,galakkan mereka,bagi jalan mereka ke BaituLLAh.
----Daripada sibuk memikirkan pangkat dan harta,bekerja tanpa mengenal masa dan tika.Hanya mati istirehat mukmin.
----Daripada sibuk membicarakan orang lain,sibukkan mencari jalan membantu yang memerlukan.
Kurangkan berfikir untu AKU>lebihkan MEREKA
---Daripada hanya mengimpikan anak menjadi huffaz,jadikan anak orang lain juga sebagai hafiz dan hafizah.Semoga semakin ramai huffaz di bumi bertuah ini. Bina sebanyak mungkin madrasah -madrasah memupuk ilmu dan tunas Islam.
----Daripada hanya ingin membina banglo dan kediaman besar,bina Masjid yang menjadi lambang penyerahan kepada Pencipta.
-----Daripada menunaikan Haji atau Umrah berkali-kali,beri orang yang tidak berpeluang untuk pergi,galakkan mereka,bagi jalan mereka ke BaituLLAh.
----Daripada sibuk memikirkan pangkat dan harta,bekerja tanpa mengenal masa dan tika.Hanya mati istirehat mukmin.
----Daripada sibuk membicarakan orang lain,sibukkan mencari jalan membantu yang memerlukan.
Kurangkan berfikir untu AKU>lebihkan MEREKA
Wednesday, June 12, 2013
Makluman -Umrah Syaaban dan Ramadhan,
Bagi
sahabat-sahabat yang ingin menunaikan umrah Syaaban dan Ramadhan pada
tahun ini, beberapa peraturan baru yang anda patut tahu
Diantaranya:- 1).MOFA/ E-Visa mempunyai tarikh akhir pada 25 Syaaban.Tarikh akhir penghantaran Passport 10 Ramadhan.2).Jemaah tidak dibenarkan di Mekah melebihi 15 hari.Validity only for 15 days.3 ) Dan beberapa peraturan yang di umum dari semasa ke semasa.
Ini bermaksud,UMRAH untuk berpuasa sebulan tidak lagi di keluarkan.Kebanyakkan visa untuk akhir puasa sukar di proses.
Semoga Bermanfaat.
Diantaranya:- 1).MOFA/ E-Visa mempunyai tarikh akhir pada 25 Syaaban.Tarikh akhir penghantaran Passport 10 Ramadhan.2).Jemaah tidak dibenarkan di Mekah melebihi 15 hari.Validity only for 15 days.3 ) Dan beberapa peraturan yang di umum dari semasa ke semasa.
Ini bermaksud,UMRAH untuk berpuasa sebulan tidak lagi di keluarkan.Kebanyakkan visa untuk akhir puasa sukar di proses.
Semoga Bermanfaat.
Tuesday, June 11, 2013
POST -KAPITALIS
Jika anda seorang yang sukar membuat keputusan,terlalu berfikir mengenai risiko, mempunyai ketakutan yang berbagai jenis,anda mungin tidak mempunyai jiwa sebagai pengembara,penulis atau mana-mana kerjaya yang menggunakan deria hati melebihi deria-deria yang lain.
Jika anda terlalu memikirkan duit,atau memikirkan aset-aset bekalan hari tua,kerjaya yang stabil, apa yang patut di buat kepada anak-anak anda,kehidupan anda pasti melalui banyak fasa tekanan.Tekanan kerana terlampau berfikir tanpa menambah dalam tindakan.
Berfikir untuk diri sendiri umpama satu monolog yang panjang.Ada sesetengah perkara hanya perlu buat seperti yang di suruh,tinggalkan apa yang di larang.Jika sukar, ambil iktibar dari insan -insan mulia seperti Nabi Muhamaad SAW dan sahabat-sahabat serta ahli keluarganya.
Soalan yang amat mudah,berapakah peninggalan pusaka,hartanah,wang tunai Nabi dan sahabat-sahabat seperti Ali R.A,atau harta yang di miliki Fatimah ?.Jadi bagaimana patut kita menghabiskan segala wang tunai atau aset yang kita miliki. Patutkah kita menyimpan sehingga jutaan RM?
Hidup di dunia yang singkat memerlukan manusia mengunakan akal untuk membawa sebanyak mungkin ke akhirat.Bagaimana kita ingin membawa banyak ,jika harta yang ada di sibukkan dengan membeli rumah,membeli aset,menyimpan tunai dan kita terus terpesona berfikir untuk diri sendiri.
Dalam Islam 2 konsep harta ialah,di gunakan ataupun di sedekahkan.Konsep konsep risiko kapitalis yang membuat kita takut miskin,takut tidak berduit patut diperbetulkan.
Gunakan harta yang ada untuk belajar memberi lebih dari menerima.Mengembara dan lihat isu sebenar dalam masyarakat.Sedekah sekadar 200-300 tidak memadai jika bergaji RM 4000.00 sebulan. Hanya membantu dengan doa,sedangkan kita mampu untuk memberi lebih banyak,adalah satu ilusi.
Berhenti memerangkap diri sendiri dengan ketakutan hidup tanpa harta.Rezeki milik ALLAh untuk kita kongsi bersama orang lain.Tambahkan nilai amal menggunakan harta.Jangan risau untuk berkelana,kerana ia boleh membentuk jiwa..Tidak perlu menanti di taja,atau bermimpi,jika Kemahuan itu boleh di bawa sendiri.
Sunday, June 9, 2013
Keciciran Dakwah.
Penerbangan Fireflyz 6.50 ptg,Tiba di Subang lebih kurang pukul 7.45 pm.Teksi ke Kuala Lumpur,tiba 9 malam di KLCC. 10.30 bertemu mata dengan sahabat lama bagi merapatkan silaturahim.1.00 pagi ambil kereta di Ukay Perdana.2,30 pagi sampai di Gombak,urusan visa.3.30 pagi urusan dengan rakan yang baru pulang dari Umrah.5,30 pagi berada di Damansara.8.30 pagi,sarapan sambil bertaklimat.9- 11.00 pagi,en suami mesyuarat.11.45 penerbangan ke Kota Bharu. Dua-tiga jam selepas itu terlelap,sebelum makan bersama-sama keluarga di Horizon Garden.
Ini jadual biasa untuk en suami.Saya sengaja mencari kesempatan untuk menemani beliau.Walaupun saya tahu,saya akan "mengepek" dalam hati,ia penting untuk saya membetulkan niat ,kerana hanya orang yang mengalami jadual sesibuk ini,akan memahami pekerjaan en suami yang sukar diagak.
Minggu lepas,bertolak ke Mekah tanpa perancangan.Dua minggu sebelum itu,"bertapa" di Kedutaan Kerap terbang pergi dan balik menggunakan pesawat.Tidur-tidur ayam,dan makan sekadar yang ada.Ribuan duit dengan urusan telefon,pengangkutan dan lain-lain lagi.
Minggu ini,masih sibuk.Kalau diizin Allah,18 Jun ke Mekah semula.Selepas itu mungkin ke DUbai dan Turki,sebelum kembali ke Mekah untuk sekian kalinya.
Jika di lontar soalan..apakah yang saya rasa? Sukar membayangkan saya mengahwini suami sesibuk ini,walaupun saya sendiri juga sibuk .
Akhirnya ,saya sedikit faham..dakwah itu bukan sekadar Usrah.Ia satu praktikaliti bagaimana kita mengunakan sepenuh daya .usaha ,tenaga wang bagi membantu orang lain mendapat cahaya.
Wednesday, June 5, 2013
Monday, June 3, 2013
Permohonan Visa Umrah 2013
Permohonan visa mulai pada Mei 2013 menyaksikan beribu-ribu jemaah umrah dari Malaysia terkandas dek kerana kegagalan memperolehi visa. Buat pertama kali,kerajaan Arab Saudi telah mengadakan sekatan pengeluaran visa di luar musim Haji. Ramai operator pengendali umrah mengalami kerugian hampir ratusan ribu ringgit.
2) Notis untuk pemprosesan visa untuk Ramadhan telah di keluarkan.Jemaah boleh membuat permohonan awal.
3) Visa haji juga telah mulai dikeluarkan untuk Syarikat Pengendali Haji Swasta. Kuota pada tahun ini dikurangkan dalam jumlah yang besar.Di jangka masalah ini akan berterusan.
4) Dokumen untuk pemprosesan visa akan melalui saringan yang ketat. Beberapa pengendali utama umrah telah di" blacklist" kerana kecuaian melengkapkan dokumen.Wanita tanpa mahram,di galakkan mencari mahram terdekat. Istilah Mahram tumpang tidak relevan lagi.
Saturday, June 1, 2013
Kembara Hati
En suami terbang lagi.Penerbangan emergency.Pada asalnya beliau hanya ke Kuala Lumpur pada pagi dan ingin pulang malam yang sama ke Kota Bharu. Kereta Perdana milik saya juga di parkir di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.Sebuah kereta lagi memang diletakkan di Kuala Lumpur,kerana sepanjang tiga minggu ini ,beliau banyak urusan di sana.Lewat satu Pagi semalam,encik suami memaklum beliau terpaksa ke Mekah.Kali ini,ke Mekah hatta tanpa sehelai baju..:)) ..hidup semakin tak keruan...luv u sayang...
...hidup adalah pengorbanan...harta..masa..hatta jiwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)