Sunday, December 16, 2012

Indonesia

     Saya biasa mendengar mengenai negara jiran yang sangat tersohor ini.Di peta dunia,Indonesia menempatkan Muslim teramai di dunia.setelah beberapa kali tertangguh,akhirnya saya menjejak Indonesia.Tiada jadual membeli -belah atau makan angin.Saya hanya ingin mengenali Indonesia yang saya kenali lewat buku-buku Hamka.Sinetron bukan "makanan" jiwa.Saya tidak mengenali pelakon mahupun nyanyian.Walaupun suami  sering mendengar muzik si Melly,ia bernoktah setakat halwa yang jarang-jarang di dengar.
      Kehadiran saya di sambut "dingin"oleh pihak imigresen.Sama sahaja seperti Singapura.Tidak mahu mengaku mereka memerlukan pelancong untuk menghidupkan ekonomi yang malap.Menaiki pesawat KLM yang birunya menyakitkan mata, krew pesawat yang tua-tua,muka yang masam,layanan yang keras.Teringat saya pramugari Yemenia dari Yemen yang berperangai serupa.Saya memilih Singapore AIrlines atau Malaysian Airlines untuk hospitaliti di udara.
      Bandar Jakarta seperti Kuala Lumpur.Cuma ia lebih padat.Lebih luas,lebih banyak kemiskinan,lebih semuanya.Setelah tiga hari,kami sedikit mahir dengan sistem pengangkutan.Teksi sememangnya murah.Ada yang biasa,ada yang lebih eksekutif.Isunya cukup mudah,berapa yang kita ada untuk mereka.Secara mudahnya,sikpa pemandu teksi di Kuala Lumpur lebih teruk.Jangan bandingkan Arab Saudi,kerana disana ibukota dunia.Kerenah juga pasti bertahap dewa.
       Kami menetap di Le GRandeur.Bilik suite yang terletak di MAngga Dua.Sepanjang di Jakarta saya jarang terserempak dengan rakyat Malaysia.Mungkin sebab kami tidak menyusuri pusat membeli-belah seperti Tanah Abang.Mangga Dua hampir menjadi seperti Bukit Bintang,dikuasai peniaga Cina.Di Le Grandeur juga ramai warga Cina yang datang melancong.Dari butir percakapan,mereka Cina yang tidak berasimilasi.Menurut risik-risik khabar dari udara,ramai warga Cina Tanah Besar memilih Indonesia sebagai negara kedua.Penghijrahan secara ketara mulai memenuhi iIndonesia pada zaman "pemerintahan" Gus Durr.
      Suami lebih meminati Plaza Indonesia dari tempat-tempat lain.Disini terletak pusat membeli belah diiktiraf "jakim".Tidak ada hurungan manusia ataupun lalat.
    

1 comment:

  1. Salam Yong Salina,
    orang Malaysia ramai menghurungi Bandung sekarang...tapi ramai yg cari barang utk berniaga.

    ReplyDelete