Kedua-dua anakanda saya masih membesar seperti kanak-kanak "Ribena",gembira dan sentiasa ceria.Kehidupan mereka sangat mengasyikkan dengan ramuan kartun,bermain,bergaduh dan bermacam aktiviti yang cukup indah di sisi seorang kanak-kanak.
Seringkali ibu mertua menyediakan hidangan yang di tempah khas oleh mereka berdua.Mujur ada ninda yang teramat baik hati.Jika menunggu mama mereka,mungkin hanya di pagi Jumaat atau Sabtu baru yang didam menjadi kenyataan.Itupun kalau saya tegar di Kota Bharu.
Saya juga sering kali dipesan-pesan dengan pelbagai versi nasihat dan ingatan.."mama balik awal ye",
"mama,sebelum kerja ,kejutkan saya","mama,boleh tak mama cuti esok "?.Walaupun hanya pesanan dari kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun,namun ia cukup mengingatkan bahawa anak-anak amat memerlukan ibubapa.
Dek kerana anak-anak,saya kerapkali ke Kuala Lumpur pada dinihari dan kembali ke Kota Bharu pada lewat malam.Jadual semakin terkejar-kejar.Anak-anak banyak menjadi faktor pendorong.Saya cuba melupakan "angan-angan " yang sering menari-nari di kepala.Ada perkara yang perlu ditangguh dahulu,
Melihat anak-anak membesar dengan bahagia dan ceria merupakan nikmat yang cukup besar.Jika dulu saya sering "panas" kerana Mishaal yang bangun seawal 6 pagi semata-mata ingin diuruskan oleh bonda,atau Maryam yang hanya tidur diatas lengan,kini saya sedar,masa itu sahaja ,anak-anak memiliki saya sepenuhnya.Kekayaan fizikal hanya faktor tambahan,sentuhan seorang "ibu" itu yang paling bernilai.Alhamdulilah,hatta sedikit terlewat,saya masih sempat sedar.
No comments:
Post a Comment