Bangsa Cina wujud hampir di semua ceruk dunia.Di Malaysia,Australia,Singapura,Amerika Syarikat ,Indonesia semuanya mencatat kehadiran bangsa China sebagai penduduk atau pemastautin.
Tembok Besar Cina pula merupakan satu tinggalan tamadun yang hebat.Dimana-mana,bangsa Cina sering memeberi signifikasi yang besar kepada masyarakat sekitar.
Saya di lahirkan dalam kelompok keluarga yang berasimilasi antara India,Melayu Dan Cina.Menetap di Johor membuatkan saya dan kebudayaan Cina menjadi begitu intim.Rakan-rakan sekolah,para guru,anggota masyarakat adalah gabungan bangsa yang berbilang kaum.Kesemua suami nenek saudara saya adalah berbangsa asing.Akhirnya kami semua menjadi bangsa Melayu.Namun,dari segi genetik,ada sedikit perbezaan cara hidup dan wacana berfikir hasil dari darah yang bercampur-campur ini.
Saya amat yakin antara faktor Islam kurang berkembang dikalangan bukan Muslim adalah kelemahan untuk "menarik" bangsa Cina dengan kesyumulan agama ini.Guru saya sering berkata,kebudayaan Cina tidak meletakkan agama di tempat yang maha penting.Budaya adalah kunci memahami bangsa ini.Budaya menghormati nenek moyang,budaya makan,budaya menghormati orang yang lebih tua.
Bangsa Cina sifatnya dominan atau menguasai.Apa jua yang mendatangkan keuntungan ,kekayaan pasti akan di capai dengan apa cara.Saya kagum dengam impian Universiti Wawasan yang diperjuangan sekitar tahun 1970 an. Impian ini ditentang kerana ia dikatakan mengganggu hak Melayu.Namun diatas usaha gigih,selang beberapa dekad UTAR mengantikan Universiti ini.Jauh lebih gah dan berdiri dengan usaha tanpa mengenal putus asa.
Saya sering membayangkan apakah kesan sekiranya Cina Muslim Di Malaysia diamanahkan sebagai "anchor" bagi mengembangkan dakwah di negara ini.Adakah corak kerja yang akan mereka aplikasi.Bagaimana kesan atau impak yang akan diperolehi.Mereka terbukti hebat dalam bidang pendidikan.Mereka juga hebat dalam bidang ekonomi.Tamadun yang mereka pernah bina,sering mencetuskan semangat .Bangsa Cina bisa hidup hatta di campak di Sahara yang tandus.Bagaimana agaknya jika satu hari Cina Muslim ini memimpin dunia..? Saya masih tertanya-tanya...
No comments:
Post a Comment