Sunday, September 30, 2012

Kalau Haji itu sempadan...

             
       Sedikit perkongsian Haji.


   Ibadah Haji merupakan sebuah perjalanan dari detik kelahiran sehingga detik kita kembali kepada Nya.Ia adalah gambaran kehidupan kita.Lambang penyerahan.Saya pernah merasai debaran pertama kali menunaikan haji.Bimbang dengan berbagai kemungkinan.Takut menyalahi hukum,takut membuat kesilapan,takut itu dan penuh dengan pelbagai ketakutan.
    Hakikatnya ritual yang akan kita lakukan seperti tawaf,saie,wukuf,melontar,semuanya akan dilakukan oleh semua jemaah yang menunaikan haji.Berkali-kali suami saya menenangkan saya supaya fokus dengan niat berhaji.Buat yang terbaik mengikut kemampuan diri.
     Saya berhaji dengan kaedah tamattuk.Tawaf kali pertama saya ialah tawaf seorang diri.Satu tanda yang jelas,kehidupan yang sebenarnya hanya antara saya dan Pencipta.Walaupun saya biasa dengan ibadah umrah,debaran tawaf berseorangan benar -benar mengajar saya banyak  falsafah kehidupan.Memahatkan itiqad Allah itu segalaNYA tidak semudah bibir yang melafaz kata.Suami itu satu hadiah,malah juga satu ujian.Pengajaran pertama saya dalam ibadah haji,pergantunggan hanya padaNYA.
   Hari seterusnya saya belajar dan belajar dengan lebih banyak.Sehingga saya selesai,banyak yang ditunjukkan di kota suci Mekah.Hakikat yang difahami oleh diri sendiri.Pengajaran ,ibrah dan kisah yang membentuk nilai diri seorang manusia.
   Sekembali dari kota Mekah,setiap hari adalah persiapan kematian.Ujian rezeki,anak-anak adalah lumrah.Tiada impian untuk menjadi jutawan dunia.Tiada juga banglo, rangkaian perniagaan.Saya hanya ingin menghabiskan kehidupan untuk memberi......
    
     

Thursday, September 27, 2012

VISA HAJi

               Hujung Sepetember merupakan masa yang cukup "genting" bagi operator haji swasta atau operator swasta yang bernaung di bawah payung Tabung Haji yang beroperasi di Malaysia.Pada tahun ini pula kouta tambahan yang dirayu diperingkat kerajaan telah di tolak.Syarikat gergasi seperti Rayhar,Andalusia dan Gemilang Travel mengalami penyusutan yang ketara bagi visa haji berbanding jumlah pemohon yang ingin menunaikan haji.Banyak hotel-hotel yang telah dipajak,terpaksa di jual semula.Kerugian diatas kertas mula menambah "kehangatan" pada musim haji yang akan menjelang,
             Bagi bakal jemaah,perkara-perkara seperti diatas adalah lumrah dalam bidang pengurusan umrah dan haji.Walaupun dikatakan Malaysia mempunyai sistem pengurusan haji yang sistematik,masih banyak penambahbaikan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa.
              Saya mendoakan kepada pemohon visa Haji swasta agar semua permohonan anda di terima.Saya juga mendoakan anda juga  dikurnniakan haji mabrur.Untuk rakan-rakan yang dalam debaran menunggu keputusan,pasakkan kebergantungan kepada yang satu.Sekiranya rezeki anda sudah tertulis,insyallah semua akan di permudah.

Wednesday, September 26, 2012

Maryam Dan Mishaal

         Kedua-dua anakanda saya masih membesar seperti kanak-kanak "Ribena",gembira dan sentiasa ceria.Kehidupan mereka sangat mengasyikkan dengan ramuan kartun,bermain,bergaduh dan bermacam aktiviti yang cukup indah di sisi seorang kanak-kanak.
          Seringkali ibu mertua menyediakan hidangan yang di tempah khas oleh mereka berdua.Mujur ada ninda yang teramat baik hati.Jika menunggu mama mereka,mungkin hanya di pagi Jumaat atau Sabtu baru yang didam menjadi kenyataan.Itupun kalau saya tegar di Kota Bharu.
         Saya juga sering kali dipesan-pesan dengan pelbagai versi nasihat dan ingatan.."mama balik awal ye",
"mama,sebelum kerja ,kejutkan saya","mama,boleh tak mama cuti  esok "?.Walaupun hanya pesanan dari kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun,namun ia cukup mengingatkan bahawa anak-anak amat memerlukan ibubapa.
              Dek kerana anak-anak,saya kerapkali ke Kuala Lumpur pada dinihari dan kembali ke Kota Bharu pada lewat malam.Jadual semakin terkejar-kejar.Anak-anak banyak menjadi faktor pendorong.Saya cuba melupakan "angan-angan " yang sering menari-nari di kepala.Ada perkara yang perlu ditangguh dahulu,
Melihat anak-anak membesar dengan bahagia dan ceria merupakan nikmat yang cukup besar.Jika dulu saya  sering "panas" kerana Mishaal yang bangun seawal 6 pagi semata-mata ingin diuruskan oleh bonda,atau Maryam yang hanya tidur diatas lengan,kini saya sedar,masa itu sahaja ,anak-anak memiliki saya sepenuhnya.Kekayaan fizikal hanya faktor tambahan,sentuhan seorang "ibu" itu yang paling bernilai.Alhamdulilah,hatta sedikit terlewat,saya masih sempat sedar.
              

Sunday, September 23, 2012

Cina Dan Dakwah

                     Bangsa Cina wujud hampir di semua ceruk dunia.Di Malaysia,Australia,Singapura,Amerika Syarikat ,Indonesia semuanya mencatat kehadiran bangsa China sebagai penduduk atau pemastautin.
                  Tembok Besar Cina pula merupakan satu tinggalan tamadun yang hebat.Dimana-mana,bangsa Cina sering memeberi signifikasi yang besar kepada masyarakat sekitar.
                    Saya di lahirkan dalam kelompok keluarga yang berasimilasi antara India,Melayu Dan Cina.Menetap di Johor membuatkan saya dan kebudayaan Cina menjadi begitu intim.Rakan-rakan sekolah,para guru,anggota masyarakat adalah gabungan bangsa yang berbilang kaum.Kesemua suami nenek saudara saya adalah berbangsa asing.Akhirnya kami semua menjadi bangsa Melayu.Namun,dari segi genetik,ada sedikit perbezaan cara hidup dan wacana berfikir hasil dari darah yang bercampur-campur ini.
                     Saya amat yakin antara faktor Islam kurang berkembang dikalangan bukan Muslim adalah kelemahan untuk "menarik" bangsa Cina dengan kesyumulan agama ini.Guru saya sering berkata,kebudayaan Cina tidak meletakkan agama  di tempat yang maha penting.Budaya adalah kunci memahami bangsa ini.Budaya menghormati nenek moyang,budaya makan,budaya menghormati orang yang lebih tua.
                Bangsa Cina sifatnya dominan atau menguasai.Apa jua yang mendatangkan keuntungan ,kekayaan pasti akan di capai dengan apa cara.Saya  kagum dengam impian Universiti Wawasan yang diperjuangan sekitar tahun 1970 an. Impian ini ditentang kerana ia dikatakan mengganggu hak Melayu.Namun diatas usaha gigih,selang beberapa dekad UTAR mengantikan Universiti ini.Jauh lebih gah dan berdiri dengan usaha tanpa mengenal putus asa.
              Saya sering membayangkan apakah kesan sekiranya Cina Muslim Di Malaysia diamanahkan sebagai "anchor" bagi mengembangkan dakwah di negara ini.Adakah  corak kerja yang akan mereka aplikasi.Bagaimana kesan atau impak yang akan diperolehi.Mereka terbukti hebat dalam bidang pendidikan.Mereka juga hebat  dalam bidang ekonomi.Tamadun yang mereka pernah bina,sering mencetuskan semangat .Bangsa Cina bisa hidup hatta di campak di Sahara yang tandus.Bagaimana agaknya jika satu hari Cina Muslim ini memimpin dunia..? Saya masih tertanya-tanya...

Thursday, September 20, 2012

..Taman Taman Bunga

      Saya jarang berkesempatan untuk meraikan perkahwinan sanak saudara di Johor mahupun di tempat-tempat lain.Pada minggu lepas suami dengan murah hati membelikan tiket penerbangan pergi balik ke Johor dan Singapura bagi memastikan saya tidak lagi tertinggal majlis-majlis penting keluarga. Kebetulan,penerbangan terus Kota Bharu ke Johor Bharu banyak menjimat masa dan mengurangkan kepenatan kami berdua.
      Majlis perkahwinan di Johor sering membuatkan  penyakit "severe migraine" menyerang tanpa belas kasihan.Muzik karaoke,nyanyi-nyanyian cukup memebuatkan suami tersenyum sinis.Dia cukup mengenali saya yang sensitif bunyi.Mujur tidak disertakan Ghazal atau joget lambak,kalau tidak ,mungkin saya terus pengsan trauma untuk ke majlis perkahwinan :).Tidak sampai beberapa jam,saya tanpa silu mengambil Sentra kesayangan abah untuk ke Danga BAy.Tidak dapat saya bayangkan dengan bunyi seumpama opera China yang membuatkan otak saya menjerit-jerit kebosanan.
     Walaupun saya hanya singgah ke Johor Bharu sebentar,budaya" bersuka-sukaan" amat melemahkan jantung.Saya keberatan untuk pulang ke Johor hanya untuk melihat dan mendengar lagu-lagu dendangan yang menyakitkan aqal dan hati..Lewat Asar ,saya  ke Singapura,menyusun senyuman,banyak yang ingin  saya "beli" "rasa" dan hadiahkan....

    Tempat ini berjaya membuatkan hati saya berbunga-bunga riang,dan berjaya mengempiskan dompet saya dan   suami. Walaupun jumlah buku yang di beli tidak banyak,terasa  seperti insan dua darjat apabila Ringgit di tukar menjadi Dollar..
                Koleksi buku-buku sini dari segala ceruk rantau.Banyak buku-buku yang hanya boleh didapati di Amazon,ada di jual di Wardah. Kedai ini terletak  berhampiran Masjid Sultan.Harga buku-buku pula lebih kurang sama seperti di UK .Harganya kompetetif dan kalau dek kerana terlupa menukar duit ,pasti  banyak yang saya beli.Namun,buku-buku di sini boleh di beli di atas talian.
               Kunjungan saya yang sebentar di Kota Singa juga di lengkapkan dengan ziarah Maqam Habib Nuh.Begitu juga ziarah Hari Raya di Kota Singa...terima kasih untuk sahabat yang sudi melayan...sudi pula membekalkan kuih raya untuk di bawa pulang..hehe
p/s....
'sahabat'...jom decide  tarikh nak ke Turki....

Sunday, September 9, 2012

Manusia insan biasa...hanya semangat membezakan

       Semenjak menjadi  "orang tua" ,kenduri kendara menjadi rutin jadual saya.Budaya masyarakat Kelantan dan acara makan-makan pula umpama aur dan tebing.Pada Syawal yang masih bersisa,saya rasa ralat  sedikit tidak dapat menikmati biskut raya yang menjadi idaman hati.Raya pertama saya berada di Kampung Laut,melayan tetamu sekadar ketika sakit perut  yang tak habis.Hanya sempat beraya dua rumah kunjungan wajib hanya selepas 8 malam.

         Jadual  hari Raya kedua juga meraikan majlis Aqiqah di Kampung Laut,12  tgh malam bertolak ke Johor,dan lusa 12 tgh malam bertolak ke Kota Bharu semula.Hari raya kelima ,dalam kepenatan yang memang hampir saja tersembam,lima majlis wajib dari seawal pukul 11 hanya pulang ke rumah  hampir 1 pagi..Pada malam yang sama sempat meraikan rakan -rakan dari Kedah dan Perlis.

      Kemudian raya menamatkan cerita,pejabat,rutin kerja sehinggalah menerima kunjungan Kak Halimah.Rasa ralat kerana tak dapat menyongket ke sana kesini. Saya hanya sempat bersama kak Halimah pada  hari Khamis.

        Tempat  pukul satu pagi malam Jumaat,dek kehabisan tenaga,saya di landa demam panas.Mujur ada rakan menemani kak Halimah,rasa terkilan hanya Allah yang tahu,Namun demam bukan alasan,keesokkan pagi selepas beberapa papan panadol,saya bersedia untuk menerima kunjungan tetamu seramai 23 orang dari Pulau Pinang.Dan sehingga hari ini,jadual masih berjalan.Sebentar lagi akan terbang ke Johor Bharu dan singgah ke Singapura.Esok kembali ke Kota Bharu untuk UPSR pada lusa.Hari Khamis mungkin terbang semula...semoga  saya tidak rebah,