Monday, March 26, 2012

Mari Beramal.

         Dalam tempoh seminggu yang baru berlalu,saya menerima banyak cek menyumbang untuk pembinaan masjid.Walaupun jumlahnya banyak,namun jumlah yang diperlukan lagi masih mencecah RM 300,000.00.Ribuan terima kasih di rakamkan kepada kerajaan Negeri Kelantan yang telah memperuntukkan dana sebanyak RM 10,000.Begitu juga PMBK,PKINK.Beberapa cek dari MAik,Jaheik juga dikatakan dalam pemprosesan.Penderma-penderma perseorangan juga makin bertambah,dan tiada yang lebih  afdal,selain dari penghargaan dan ucapan terima kasih.

        Selain dari Masjid,saya  masih  sibuk dengan dana program Umrah pada Jun,Hampir RM 10,000 di perlukan.Di minda saya ,kiraan duit memang tidak pernah berhenti.Terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kebajikan kadang-kadang menyesakkan dada.Simpanan peribadi turut mencair,apabila dana yang di cari  masih tidak mencukupi.

    Tetapi,di sebalik ketentuan ini,saya bersyukur kerana dipilih dan memilih jalan ini.Walau terasa letih ,paling kurang saya tidak hidup untuk diri sendiri.Masyarakat masih memerlukan ramai insan-insan yang boleh membantu orang lain.Untuk suami,terima kasih kerana tidak putus-putus memberi galakan untuk saya berusaha membantu orang lain.Terima kasih juga kerana membenarkan saya menghabiskan sebahagian besar masa  yang tidak ternilai harganya.

     Janganlah kita  berasa gundah untuk menginfakkan harta atau  masa,kerana semuanya ada ganjarannya yang di janjikan.Tidak perlu mengumpul harta untuk diri sendiri,berpada-padalah dengan kesenangan dunia.Tidak perlu  berumrah berbelas -belas kali.Lebih baik kita majukan masyarakat melalui tarbiyyah dan pendidikan.DAn lebih baik jika kita boleh membantu mengerjakan amal soleh.Buka  mata  dan minda untuk melangkah kepada orang yang memerlukan diri kita.Islam itu lebih luas dari solat ,puasa ,haji  sahaja.

          Lupakanlah mengira kiraan KWSP,ASB,BON,SIMPANAN,kelak kita akan di soal Tuhan kemana kita melaburkan harta.Tidak lupa juga setiap saat yang kita habiskan.Bersediakah kita untuk  menjawab soalan,yang kita pasti akan gagal menjawabnya?

Sunday, March 25, 2012

PaRAnoid

       Berbuat baik kadangkalanya tidak memerlukan kos.Melalui kehidupan seharian kadangkala sering membutakan mata.Kita asyik dengan dunia ciptaan kita sendiri.Kita kononnya amat sibuk dengan kerjaya.Amat sibuk juga dengan keluarga.Itu hanya plot-plot kehidupan yang hanya bernilai setitis embun.Mungkin tidak berharga di sisi Tuhan.
     Saya melihat rakan yang taasub dengan Phd.Phd katanya boleh menjamin kehidupan.Terpendam dan tersekat di sanubari,alangkah ruginya dia,sekiranya Phd itu mendekatkan dia dan mereka yang memerlukan,betapa berharganya sekeping sijil itu.Ada juga rakan yang tenggelam dengan kerjaya.Meniti tingkat-tingkat pengiktirafan manusia,sedangkan masa dan nafasnya semakin kekurangan oksigen.Malaikat menjengah setiap hari,tapi diperdulikan.
      Saya lemas dengan si pengumpul harta,ingin aset,ingin jaminan,ingin semuanya.Lupakah mereka ruang kubur tidak boleh menempatkan satu pun ,harta sebiji basikal.
     Walaupun apapun skrip kehidupan,betulkanlah niat untuk hidup.Hidup dan mati untuk Tuhan.Lupakanlah keakuan,hidup untuk kekayaan yang abadi.

Friday, March 9, 2012

ANak-Satu anugerah

     

      Suami saya mempunyai 10 orang adik beradik.Jumlah yang agak ramai ,berbanding saya  hanya 4 sahaja.Tujuh dari mereka adalah lelaki.Sewaktu saya berkahwin,suami saya baru berusia 24 atau 25 tahun.Adik kedua pula sebaya saya.Adik ipar saya  dan isterinya seorang doktor.Tidak seperti suami,dia hanya mendirikan rumahtangga semasa berusia 28 tahun.



            Hampir semua  adik beradik suami dinikahkan oleh Tok Guru Nik Abd Aziz.Dinikahkan oleh Menteri Besar bukan satu kepelikkan di Kelantan. Di sini agama menjadi cara hidup,Pangkat tidak membezakan sesama manusia.
           Selepas setahun di nikahkan mereka dikurniakan cahaya mata comel bernama Nik Fatimah Damia'.Sebaya dengan Maryam ,puteri saya.Seperti Maryam,Damia' juga memanggil saya mama.Puas di pujuk bondanya,namun panggilan itu kekal hingga kini.Jauh di sudut hati,saya kasihi Damia 'sama seperti saya menyayangi Maryam.



             Tidak beberapa lama selepas kelahiran Damia',Marhamah,adik yang saya kasihi dikurniakan hadiah kedua,Namanya Nik Aishah Humaira'.Namun ujian Allah bermula buat kedua mereka.Di pinjamkan sebentar,kemudia kembali kepada Pemilik Nya.


           
                 Hanya tangisan mengiringi pemergian bayi kecil ini.Begitu juga bayi mereka yang seterusnya.Beberapa kali kehilangan anak cukup memudarkan senyuman kedua suami isteri ini,Ujian Allah untuk menambahkan keimanan.

            Kini,Marhamah sedang bercuti tanpa gaji dari tugasannya.Dia sedang menunggu hadiah Dari Pencipta.Semoga episod duka akan berlalu.Semoga kedua-dua adinda saya ini dberi zuriat yang di tunggu-tunggu,Ameen.Mohon di doakan.




      
              
                        

Thursday, March 1, 2012

Maryam

    Saya jarang bercerita mengenai Maryam.Diputerikan di Kota Bharu pada 13 Mac.Pada hari ini membesar sebagai puteri tunggal yang amat dikasihi ayah bonda.Maryam banyak "menyalin"genetik ayahanda.Seorang yang kuat semangat,namun tampak lembut.Dikalangan cucunda dia paling banyak mengalah .Jiwanya sangat sensitif.Banyak bayang suami saya pada jasad dan jiwa Maryam.Kami menitipkan Maryam,sebagai lambang wanita beriman,sepertimana cerita dalam surah Maryam.Semasa Nik,nenek kepada suami dan moyang kepada Maryam,dia sering membaca tentang Maryam yang selalu sujud dan rukuk,kisah wanita yang melahirkan insan hebat.Ingatannya cukup baik.Semoga Maryam berbahagia dunia dan akhirat. Bak seperti doa ayahanda,semoga Maryam menjadi penghulu untuk segenap makhluk diakhirat.Ameen.Semoga Nik Lea' Maryam dilindung dari bisikan syaitan yang menyesatkan manusia.