setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Wednesday, June 23, 2010
julai bulan melawat kamdar
Bulan Jun sudah menghampiri Julai.Tahun ini Julai terasa begitu pantas.Julai mengingatkan sebuah kelahiran,mungkin juga sebuah kematian.Meraikan hari lahir,sudah lama tidak menjadi tema dalam kehidupan.Semuanya menjadi begitu biasa.Dengan pertambahan usia yang sering tidak disedari,masa yang telah pergi diharap memberi manfaat.Setiap saat akan dihitung,dan diberi ganjarannya.Setiap saat mewakili satu masa:kebaikan atau keburukkan.Tahun 2010,yang hampir ke suku akhir,tidak memberi makna,sekiranya,tiada sebarang pertambahan dalam kehidupan.Semoga tahun ini,semakin banyak rezeki,amal,tenaga yang boleh dikongsikan dengan orang lain.
Tuesday, June 22, 2010
Saturday, June 5, 2010
Mishaal musa
Nama Mishaal , bermaksud obor atau cahaya.Nama ini meminjam sedikit semangat perjuangan umat Islam DiPalestine,dgn harapan apabila dewasa kelak,anakanda kesayangan ini memhami tuntutan jihad.Musa nama yg ingin dititipkan oleh datuk tercinta untuk cucu sulung lelaki bagi kedua-dua keluarga.Musa meminjam semangat Mufti hj Musa yang bangkit membenarkan apa yang benar,walaupun dibenci.Tokoh yang mendahului seratus zaman tajdid dan ilmu.Mishaal bukan setakat tanda kasih,tapi melebihi yang kami suami isteri inginkan.Bukan harta,bukan pangkat,bukan kekayaan,tetapi anakanda yang soleh .membela agama,berkata benar walaupun pahit.
Friday, June 4, 2010
RUmah Allah
Masa bukan berjalan,tapi berlari pantas meninggalkan kita.Setiap hari yang kita lepaskan adalah masa yang tidak lagi menjadi milik kita.Tidak sampai beberapa ketika,semua jiwa raga ini akan kembali bertemu pemilik NYa.Ya Allah,kuserahkan semua urusan dunia yang tidak pernah habis ,menjadi urusan Mu semata-mata,ku serahkan dua cahayahatiku di BAwah LindunganMU semata-mata.Semoga pemergian ini tidak sia-ssia,dilimpahkan keampunan dan keberkatan.Segala perancangan manusia,tidak sehebat rencana yang Maha Esa.Redhalah aku dengan TAqdirMu.Ameen
Thursday, May 20, 2010
Redha
Kesibukan bukan satu alasan untuk tidak menambah ilmu.Dihambat Jadual kerja yang sentiasa mengikat ,tidak menjadi halangan untuk membaca,menambah ilmu,yang sememangnya terlalu jauh dari cukup.Dalam seminggu dua ini, 4 buah buku berjaya dikhatamkan.Buku Hajj..oleh Ali Shariati sudah kubaca hampir berbelas kali,namun setiap kali mengulang untuk membacanya,banyak perkara baru yang boleh digali.Haji ialah perlambangan kejadian manusia.Pada awal penciptaan,kita sering hilang arah,berjalan diarah yang sama,tetapi meniti kehidupan ,manusia harus mencari jalan yang di tentukan Ilahi untuknya.Hidup seorang muslim ialah satu perjuangan.Manusia yang bersifat ihsan,tidak hanya hidup untuk dirinya tetapi juga orang lain.Seorang muslim itu mesti mengejar status mukmin,bukan hanya Islam pada nama.Perjuangan dalam kehidupan,adalah ujian keimanan.
Rezeki Allah itu seluas alam.
Alhamdulilah,pada setiap ujian,pasti ada hikmah dan kenikmatan.Syukur dengan segala rezeki yg Allah berikan.Siapa sangka,aturan Allah itu memang diluar jangkauan minda manusia.Hasrat untuk ke Tanah Suci di permudahNya.Dengan hasil jualan kaftan,bayaran untuk bertemu Pencipta terasa begitu mudah sekali.Yang lebih manis,semuanya jualan dalam masa kurang dua bulan.Semoga rezeki ini diberi keberkatan,dan boleh pula berkongsi dengan orang lain.Ameen.Harapan insan kerdil ini,dapat pula menunaikan haji,dan membantu orang-orang yang memerlukan.
Thursday, May 6, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)