Masa persekolahan merupakan zaman yang penuh suka,duka pahit manis .Bersekolah pada dua sesi merupakan rutin yang biasa di Johor.BERADA di sekolah dari 7 pagi sehingga 7 petang juga bukan perkara yang pelik,terutama yang memilih sekolah agama di samping sekolah aliran perdana.Selepas tamat sesi wajib,disambung pula dengan kelas pengajian Al-quran.kelas ini biasanya dari 7.30- 8.30.Kemudian kelas agama.Jumaat dan Sabtu pula kegiatan koko atau kelas tambahan.Pendek kata,jadual yang sentiasa penuh.Bila diingatkan kembali,terasa letih dengan jadual yang begitu padat.Tidak lagi dikira jumlah subjek yang diikuti seharian.
Apabila meniti zaman remaja,jadual ini diulangi sehinggalah tamat SPM.Namun,setelah 30 tahun,tarbiyyah kerja berterusan.Jadual yang sentiasa padat ,banyak membantu bidang kerjaya yang saya pikul amanahnya.Saya sudah terbiasa dengan masa yang menghambat diri.Kerja yang tak pernah habis.Dan Sentiasa bersedia untuk sebarang cabaran.
kini saya memanjatkan rasa syukur,ilmu-ilmu yang saya gali semasa kecil menjadi rimbunan pohon untuk saya meneduhkan diri dan juga membantu orang lain dari sinar panas .Semoga Allah memberkati usaha saya.Amin-
setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Saturday, February 6, 2010
MUASASSAH DARUL ULUM
Antara negeri yang saya minati ialah negeri Kedah.Pada penghujung dekad 90-an,saya banyak menghabiskan masa mendekati budaya masyarakat setempat.Muasassah Darul Ulum merupakan tempat yang sangat saya sukai.Melihat masyarakat yang serba kekurangan tidak menghilangkan jatidiri yang tinggi dikalangan masyarakat yang tinggi budi bahasa ini.Pada masa itu,di Alor Star sudah kelihatan bius-bius sosial yang melekakan.ditempat lain yang sedikit pendalaman,ramai lagi si marhaen yang merayu sedikit rezeki untuk meneruskan kehidupan.Masa sebulan yang dihabiskan sangat berharga ,Kedah mengajar saya erti kesusahan dan keperitan.
Wednesday, February 3, 2010
Sulung
BAGAIMANA RASANYA MENJADI ANAK SULuNG ? Sebenarnya,saya tidak tahu apa perbezaan anak sulung atau anak yang lain-lain.Sekiranya sulung dikaitkan dengan kepimpinan,saya bukan kategori itu.Saya tidak peduli dengan persekitaran semasa kecil.Saya tidak pernah tahu cara menggunakan mesin basuh,ketuhar atau apa-apa alatan yang membabitkan sifat empati anak sulung.Saya hanya belajar memasak nasi selepas berkahwin.Dan sehngga sekarang saya masih keliru antara ikan kembung atau ikan selar.Dan jangan suruh saya menggosok baju..saya cukup tidak minat dengan aktiviti ini.Mungkin saya lebih sesuai jadi anak bongsu.Adakah saya lebih bertanggungjawab sekarang? ...cuba tanya teman hidup saya
Tempat yang ingin saya pergi...
Sejak dahulu sehingga sekarang,saya tidak ada banyak keinginan.Tidak bercita-cita tinggi...dan hampir tidak ada apa-apa yang saya perlukan.Saya tidak berminat dengan emas atau permata.Saya tidak suka dengan pangkat atau kedudukan ,saya tidak minat membeli di pasar raya...saya memang tidak memerlukan material untuk membuatkan saya gembira..dalam hidup saya hanya ingin sedikit tenang,boleh meneroka jiwa pelukis-pelukis dan menulis bait-bait jiwa diatas kanvas.cuma saya ingin ke satu tempat...
Syukur
Subscribe to:
Comments (Atom)