Sunday, December 12, 2010

Maahad Tahfiz wal Qiraat An nur..Yusuf Anizan


Pendaftaran MTAQ An Nur akan bermula pada 19 Disember 2010.Ini merupakan tahun keempat sejak iaa ditubuhkan 4 tahun yang lalu.Pada tahun ini kouta pengambilan pelajar masih kekal diantara 15-25 org sahaja.Walaupun sekolah ini masih baru,tapi sudah ramai yang sudah bergelar hafiz.rekod 18 bulan telah dipegang oleh Mohd Yusuf bin Anizan.baru berusia 14 tahun sewaktu bergelar hafiz.Walaupun dtg dari keluarga yang kurang berkemampuan,Yusuf mampu untuk cemerlang dalam hafalan Al -quran.Sebagai menhargai komitmen beliau,pihak sekolah menghadiahkan pakej umrah berharga hampir rm 6000.00 sebagai tanda galakan dan sokongan.Pada bulan Jun yang lalu,Yusuf dan beberapa rakan yang telah bergelar Hafiz atau yang sudah mencapai target berangkat ketanah suci Mekah dan Madinah.Disebabkan beliau dari keluarga yang kurang berkemampuan,seorang dermawan dari Kedah telah menaja pengajian Yusuf sejak tahun 2010.Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Maimunah ,kerana membantu pengajian pelajar cemerlang kami.Hanya Allah yang boleh membalasnya.kepada keluarga Yusuf,diucapkan tahniah kerana berjaya mendidik anak-anak supaya menjadi anak soleh.

No comments:

Post a Comment