Thursday, July 29, 2010

Manusia itu bervariasi

Sewaktu saya berusia belasan tahun,saya amat meminati majalah "Ujang","Gile-Gile" dan majalah humor yang sewaktu dan seumpamanya.Namun begitu perangai ,gila-gila dan separuh gila saya,bukanlah hasil tarbiyyah kedua-dua majalah tersebut.:.)Bagi yang mengenali saya sebagai teman rapat,saya memang dikenali sebagai orang yang sangat suka "menyakat","mengusik" dan sewaktu dengannya.Dengan sebab itu juga,saya mempunyai banyak gelaran,yang hanya diketahui oleh rakan -rakan rapat.Selepas beberapa waktu,"kegilaan " saya masih belum berkurangan.Saya masih suka menyakat,mengusik dan bergurau ,namun saya agak risau,jika perangai ini di wariskan pula kepada anakanda tercinta :).

Monday, July 5, 2010

KeTEnangan AdaLah Nikmat

Keseronokan bekerja merupakan satu nikmat yang amat berharga.Pada tahun 2007,saya meninggalkan Kuala lumpur,untuk membawa misi penghijrahan diri.Mulanya saya hanya bertugas sebagai guru sahaja.Sebagaimana dengan watak diri ini,saya tidak mengejar sebarang kedudukan,atau pangkat mahupun mahupun gaji puluhan ribu.Saya hanya ingin bekerja.Tidak lama selepas itu,didaerah yang asing,di tgh-tgh masyarakat yang berwarna -warni,saya diamanahkan sebagai pentadbir,meniti satu tangga ke satu tangga,Di usia yang relatifnya muda,saya mengemudi sebuah organisasi,dimana,saya adalah orang asing.Liku,masalah,konflik,semuanya adat dan resam menguruskan manusia.Dalam jangka masa kurang setahun,saya diamanahkan pula membuka sebuah sekolah baru.Dalam kecelaruan dan kekurangan rasa yakin,saya mengikut arus.Bebekalkan tawakal,pada bulan Mac 2008,saya telah menunaikan amanah yang dipikul.Satu,dua,tiga amanah saya pikul dengan rasa redha.Tidak pernah terjangkau,saya diberikan kekuatan untuk sampai ketahap yg telah saya lalui.Semuanya bukan mudah.Semuanya bukan Mustahil.Saya yakin dengan rezeki dan ketentuan.Saya berterima kasih dengan semangat dan dorongan suami,saya terhutang budi kepada orang yang sudi mengasuh dan mendidik kedua-dua putera putri kesayangan.

Saya tidak takut untuk gagal,kerana ia hanya satu proses.Saya tidak takut untuk salah,kerana ia satu ilmu.Saya tidak takut untuk mencuba,kerana tiada yang mustahil dengan izin Nya.



Selepas tiga tahun berlalu,saya meninggalkan seketika amanah yang saya pikul untuk ketanah suci.Didalam kekeliruan,saya bertemu banyak jawapan.Jawapan yang hanya difahami oleh saya.Tanah suci menerbitkan satu tekad dan azam untuk saya lebih memajukan diri dengan taqwa.Tanah suci memberi saya keazaman,untuk hidup diduniaa ini berpaksikan,hidupku matiku hanya kerana Nya.

Saya tidak lagi mengikut arus,kali ini saya akan menongkah semuanya.Biar ribut,saya nekad,amanah adalah satu amanah.Dan saya telah menerimanya....itu adalah satu ketenangan.

Saturday, July 3, 2010

Sensitiviti

Saya tidak boleh mendengar radio.ini adalah fakta.HeHe.Sebenarnya,saya mudah dilanda sakit kepala yang teramat dengan apa jua bunyi-bunyian.termasuk radio dan tv.Semasa zaman kecil,saya menjadi cukup tertekan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan di corong radio.Apabila saya mendirikan rumahtangga,kami tidak memasang radio dirumah.Hanya di kereta,itupun untuk kadar masa yang sekejap.Saya boleh mendengar lagu,tetapi bukan semua jenis lagu.dalam sepuluh tahun ini,saya banyak mendengar lagu-lagu arab.Koleksi juga agak terhad.Yang terbaru saya meminati muzik dari turki.tabiat menonton televisyen juga lama saya tinggalkan.Kepekaan saya terhadap bunyi-bunyian menyebabkan saya tidak suka berada di tempat yang dilanda hiruk -pikuk.Saya juga tidak suka radio,kerana saya payah untuk melupakan apa jua perkara yang dimasukkkan ke dalam minda.