setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Saturday, June 26, 2010
Apa yang di buat bila berjalan--jalannnnn
Ramai antara kita suka mengabdikan gambar sebagai satu cara merakam kenangan.Saya pula tidak minat mengambil gambar ,video atau sebagainya.(Saya cuma suka "ambil"koleksi yg dirakam oleh suami :) ).Sedari kecil saya amat meminati seni,visual dan sebagainya,cuma bukan dalam bentuk dokumentari kamera.Kamera ialah imej pantulan yang tidak menarik minat.Saya memilih merakam 100% kenangan dalam bentuk memori separa sedar.Saya suka mengingati setiap detail dan perincian dalam memori yang boleh dikeluarkan apabila saya menjejak ke tempat yg sama.Mekah tempat yang amat mendamaikan.Cukup hanya saya mengingati "rasa " apabila menjejak kaki kesana.Turki negara yang penuh teka teki.Banyak persoalan yang berlegar-legar..Pasti saya ingin kesana semula.Madinah bumi pernuh keberkatan.Singapura,,,hehe,agak membosankan.Apa yang saya beli?Sama seperti disana,kemana jua kaki melangkah:buku pasti menjadi senarai utama.Memang banyak perkara menarik ditempat org,cuma hati saya payah
'disentuh';ditambah pula duit byk habis membeli buku.
Wednesday, June 23, 2010
julai bulan melawat kamdar
Bulan Jun sudah menghampiri Julai.Tahun ini Julai terasa begitu pantas.Julai mengingatkan sebuah kelahiran,mungkin juga sebuah kematian.Meraikan hari lahir,sudah lama tidak menjadi tema dalam kehidupan.Semuanya menjadi begitu biasa.Dengan pertambahan usia yang sering tidak disedari,masa yang telah pergi diharap memberi manfaat.Setiap saat akan dihitung,dan diberi ganjarannya.Setiap saat mewakili satu masa:kebaikan atau keburukkan.Tahun 2010,yang hampir ke suku akhir,tidak memberi makna,sekiranya,tiada sebarang pertambahan dalam kehidupan.Semoga tahun ini,semakin banyak rezeki,amal,tenaga yang boleh dikongsikan dengan orang lain.
Tuesday, June 22, 2010
Saturday, June 5, 2010
Mishaal musa
Nama Mishaal , bermaksud obor atau cahaya.Nama ini meminjam sedikit semangat perjuangan umat Islam DiPalestine,dgn harapan apabila dewasa kelak,anakanda kesayangan ini memhami tuntutan jihad.Musa nama yg ingin dititipkan oleh datuk tercinta untuk cucu sulung lelaki bagi kedua-dua keluarga.Musa meminjam semangat Mufti hj Musa yang bangkit membenarkan apa yang benar,walaupun dibenci.Tokoh yang mendahului seratus zaman tajdid dan ilmu.Mishaal bukan setakat tanda kasih,tapi melebihi yang kami suami isteri inginkan.Bukan harta,bukan pangkat,bukan kekayaan,tetapi anakanda yang soleh .membela agama,berkata benar walaupun pahit.
Friday, June 4, 2010
RUmah Allah
Masa bukan berjalan,tapi berlari pantas meninggalkan kita.Setiap hari yang kita lepaskan adalah masa yang tidak lagi menjadi milik kita.Tidak sampai beberapa ketika,semua jiwa raga ini akan kembali bertemu pemilik NYa.Ya Allah,kuserahkan semua urusan dunia yang tidak pernah habis ,menjadi urusan Mu semata-mata,ku serahkan dua cahayahatiku di BAwah LindunganMU semata-mata.Semoga pemergian ini tidak sia-ssia,dilimpahkan keampunan dan keberkatan.Segala perancangan manusia,tidak sehebat rencana yang Maha Esa.Redhalah aku dengan TAqdirMu.Ameen
Subscribe to:
Posts (Atom)