Saturday, March 20, 2010

Hakikat hidup

Sebelum berkahwin,saya amat agresif dalam bertindak.Semua perkara sentiasa ada didalam spektrum optimis.Sesukar mana permasalahan yang wujud,saya sering cuba selesaikan.Dikalangan kenalan,sukar menelah apa yang tersirat,kecuali saya yang membuka mulut.Malangnya ,saya jarang terpanggil untuk bercerita mahupun berkongsi.Disebabkan terlalu biasa dengan masalah,jarang saya menggangap masalah adalah satu masalah.
Selepas berkahwin,peta pemikiran saya masih sama.Setiap konflik yang timbul,sering mengembirakan.Saya sentiasa percaya,jalan keluar akan sentiasa wujud.Cuma,saya mempelajari sesuatu yang Maha penting.Perkongsian itu indah.Suami saya banyak mengajar saya erti cinta dan sayang.Bagaimana untuk mempercayai,bagaimana untuk hidup berdua dan yang lebih penting hidup bersama orang lain.Orang seperti saya,mahir bekerja,tetapi kerap gagal untuk memberi peluang kepada orang lain.Suami saya tidak memaksa,dia hanya menunjuk jalan.Hidup bukan hanya untuk diri sendiri,tetapi juga orang lain.Dan saya,tidak perlu keseorangan,dia sentiasa bersama,tika suka dan duka.
Walaupun,masih banyak yang hanya berlegar dikotak pemikiran,sedikit demi sedikit,saya membukalebih banyak ruang untuk orang lain.

Sunday, March 14, 2010

JAsa

Tidak mudah rupanya untuk membesarkan seorang anak.Jika berdua,bertambahlah kesulitannya.Bagaimana kalau 10? Alhamdulilah,kami suami sendiri dikurniakan sepasang cahayamata yang cukup keletah.Walaupun kami ibubapanya,yang banyak menjaga dan mengasuh,adalah datuk dan nenek mereka.Tugasan yang tak kunjung padam,banyak memakan sebahagian masa kami.Jadi pada nenda ,tempat mereka bergantung kasih.Walaupun pada orang lain duduk bersama mertua,mengundang gelisah,pada kami ia satu rahmat.Bukan semua yang bertuah seperti kami sekeluarga.Jika orang lain terbeban dengan masalah orang gaji,pusat asuhan,beban kewangan,kami aman dari semua masalah itu.rumah sendiri,hanya menjadi tempat persinggahan.Bila difikir-fikir,siapalah akan menemani ibu dan ayah bila kami melangkah keluar.Hayat mereka pun bukan panjang.Cucu pun masih tidak ramai.Sekiranya ada khilaf satu dan dua,bukankah itu lumrah?Lidah mana yang tidak tergigit.yang paling utama,memastikan kedua-dua cahaya mata kami mendapat yang terbaik.Duit boleh dicari,kasih sayang tidak ada galang ganti.Pada rakan dan sahabat,hargailah orang yang dekat dengan kita.

Monday, March 8, 2010

fast ,,,,

Tahun 2010 baru melewati bulan Mac,namun edarannya terasa begitu pantas.Sedikit ketenangan membantu saya mengungkai sedikit rawan dihati.Tahun ini saya sebenarnya,lebih perlahan dalam bertindak.Pengalaman mengajar saya supaya lebih banyak berfikir dan meletakkan Redha Allah di tempat yang teratas.Melalui hari-hari yang penuh warna,menambahkan lagi syukur diatas kurniaan nikmat yang tak terhingga.
Di ambang usia yang kian bertambah,saya banyak menghitung hari,melihat dan menafsir.Apa yang perlu saya buat?Apa yang telah saya buat?sekiranya hidup tanpa landasan,kita akan mudah tergelincir.

Saturday, March 6, 2010

Suami

Ini merupakan hari ketiga kami suami isteri,dalam keadaan penat tidak terkata.Menerima tetamu dari jauh.Kunjungan ibubapa pelajar.Kehadiran rakan taulan,menguruskan program sekolah,mentadbir kompleks.Semuanya diisi dalam ruang masa yang cukup terhad.Melihat suami yang keletihan,menambahkan lagi rasa kasih.Kami berdua tidak pernah berubah.Masih melalui hidup seperti dahulu.Kami masih ada masa untuk orang lain,walau kalut tak kunjung habis.Rezeki juga melimpah ruah.Cuma kasihan pada anak-anak yang tidak mengerti harga masa untuk kami berdua.Campaklah ke hujung dunia,kami masih seperti dulu.

Thursday, March 4, 2010

Baca

Ramai yang bertanya samada saya membaca semua majalah yang dibeli?Maklumlah,jumlah yang agak banyak,menimbulkan sedikit keraguan kepada orang yang memandang.Ya.Jawapannya saya akan baca semuanya,termasuk iklan.Jadi,jangan risau,semua duit yang saya laburkan untuk bahan bacaan,pasti memberi manfaat.