Kedua-dua anak saya diajar mengembara/berjalan-jalan sejak dari usia bayi.Jadual kami yang sentiasa bergerak ,turut mendedahkan kepada anak-anak kehidupan yang sedikit lasak.Di bawah di beri sedikit perkongsian atau tips-tips membawa kanak-kanak berjalan-jalan.
Penang:Percutian pecut dek kerana ayahanda yang sibuk |
Istanbul: April 2012 |
Tasik Banding |
#Sentiasa membawa ubatan asas seperti ubat demam etc,terutama kalau berjalan jauh.
#Ibubapa perlu memastikan ada pakaian gantian yang mudah di capai,kebiasaannya saya menyediakan beg yang dibawa sendiri oleh mereka.
#Jangan biasakan anak-anak dengan rutin nasi sebagai makanan utama,mereka sukar berjalan jika diajar dengan makanan khusus.Dedahkan dengan pelbagai jenis makanan.
#JIka berjalan dengan kereta,sediakan bantal kecil .
#Bagi penerbangan jauh,kanak-kanak boleh meneroka flight entertainment,atau membuat aktiviti membaca atau mewarna.Kebiasaannya mereka akan mendapat "hadiah"dari syarikat penerbangan.
# Sentiasa mengambil sarapan pagi sebelum memulakan lawatan.
#Sediakan beg plastik untuk persediaan membuang sampah atau muntah.
# Ajar mereka untuk berjalan disisi ibubapa.
# Letakkan no /nama yang boleh dihubungi didalam beg galas.Ia berguna jika mereka hilang.
# Elakkan berjalan di tempat yang sesak bersama kanak-kanak.