Sunday, August 8, 2010

Pelaburan...dan pencarian

Manusia sukar untuk memuaskan kehendak diri.Dari satu tingkat,kita akan mengalih ke satu lagi.Kemudian,kita akan terus melangkah,tanpa henti,sehingga kita rasa semuanya mencukupi.Di ibaratkan duit,pada satu tahap kita memerlukan hanya RM 400,di tahap yang lain pula kita memerlukan pula Rm 1000.Cuma,selepas itu kita akan terus mencari dan pencarian itu tidak bertemu penghujung.Sifat berasa cukup ,sukar ditemui didalam jiwa manusia.Falsafah sedekah sekadar mainan bibir.Kita tidak pernah memikirkan ,pelaburan akhirat itu lebih penting dari Public Mutual atau ASB.Kita lupa "pahala"ialah matawang yang diguna pakai diakhirat.Kita lupa ,kekurangan pahala boleh mengheret kita terus ke neraka.Pahala perlu di rebut,dicari ,dikutip.Nilai pencarian pahala bukan sahaja semasa badan di nyawa.Pahala juga boleh disambung sehingga akhir ketentuan.Manusia diajar dengan pentingnya melahirkan anak yang soleh.Kia dimaklum pentingnya ilmu bermanfaat.kiata juga disaran untuk mengelurkan sedekah jariah.Namun berapa ramai antara kita bekerja ke arah mencari pahala itu?Kita tiada komitmen ke jalan Tuhan.Kita hanya memahami satu ruang dan melupakan ruang yang lain.