Saya biasa mendengar mengenai negara jiran yang sangat tersohor ini.Di peta dunia,Indonesia menempatkan Muslim teramai di dunia.setelah beberapa kali tertangguh,akhirnya saya menjejak Indonesia.Tiada jadual membeli -belah atau makan angin.Saya hanya ingin mengenali Indonesia yang saya kenali lewat buku-buku Hamka.Sinetron bukan "makanan" jiwa.Saya tidak mengenali pelakon mahupun nyanyian.Walaupun suami sering mendengar muzik si Melly,ia bernoktah setakat halwa yang jarang-jarang di dengar.
Kehadiran saya di sambut "dingin"oleh pihak imigresen.Sama sahaja seperti Singapura.Tidak mahu mengaku mereka memerlukan pelancong untuk menghidupkan ekonomi yang malap.Menaiki pesawat KLM yang birunya menyakitkan mata, krew pesawat yang tua-tua,muka yang masam,layanan yang keras.Teringat saya pramugari Yemenia dari Yemen yang berperangai serupa.Saya memilih Singapore AIrlines atau Malaysian Airlines untuk hospitaliti di udara.
Bandar Jakarta seperti Kuala Lumpur.Cuma ia lebih padat.Lebih luas,lebih banyak kemiskinan,lebih semuanya.Setelah tiga hari,kami sedikit mahir dengan sistem pengangkutan.Teksi sememangnya murah.Ada yang biasa,ada yang lebih eksekutif.Isunya cukup mudah,berapa yang kita ada untuk mereka.Secara mudahnya,sikpa pemandu teksi di Kuala Lumpur lebih teruk.Jangan bandingkan Arab Saudi,kerana disana ibukota dunia.Kerenah juga pasti bertahap dewa.
Kami menetap di Le GRandeur.Bilik suite yang terletak di MAngga Dua.Sepanjang di Jakarta saya jarang terserempak dengan rakyat Malaysia.Mungkin sebab kami tidak menyusuri pusat membeli-belah seperti Tanah Abang.Mangga Dua hampir menjadi seperti Bukit Bintang,dikuasai peniaga Cina.Di Le Grandeur juga ramai warga Cina yang datang melancong.Dari butir percakapan,mereka Cina yang tidak berasimilasi.Menurut risik-risik khabar dari udara,ramai warga Cina Tanah Besar memilih Indonesia sebagai negara kedua.Penghijrahan secara ketara mulai memenuhi iIndonesia pada zaman "pemerintahan" Gus Durr.
Suami lebih meminati Plaza Indonesia dari tempat-tempat lain.Disini terletak pusat membeli belah diiktiraf "jakim".Tidak ada hurungan manusia ataupun lalat.
setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Sunday, December 16, 2012
Sunday, December 2, 2012
Saya sudah jatuh Hati....Lone Pine Penang
Suami dan saya kerapkali mengambil hotel sebagai penginapan dikala berjalan atau urusan yang melibatkan kerja-kerja luar.JIka suami,beliau saya menggilai G-Tower ,sebuah hotel ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur.Saya pula,sehingga hari ini,tiada butiran hotel kegemaran.Semuanya kelihatan sama.Namun menetap di Lone Pine Penang,banyak merubah persepsi saya mengenai hotel .
Ruang Tamu berasingan |
Taman kecil berhadapan dengan bilik yang sangat cantik,hijau dan segar. |
Didepan taman yang menghijau pula,laut yang terbentang luas.Hanya 3 minit dari bilik. Kawasan persekitaran hotel yang banyak pokok-pokok tua yang terjaga. Ruang yang sangat luas |
Bilik yang tidak berkarpet. |
Ruang rehat yang selesa |
Beranda yang banyak tingkap dan klasik |
Tuesday, November 20, 2012
Perkongsian perjalanan ; Tips membawa kanak-kanak bercuti.
Kedua-dua anak saya diajar mengembara/berjalan-jalan sejak dari usia bayi.Jadual kami yang sentiasa bergerak ,turut mendedahkan kepada anak-anak kehidupan yang sedikit lasak.Di bawah di beri sedikit perkongsian atau tips-tips membawa kanak-kanak berjalan-jalan.
Penang:Percutian pecut dek kerana ayahanda yang sibuk |
Istanbul: April 2012 |
Tasik Banding |
#Sentiasa membawa ubatan asas seperti ubat demam etc,terutama kalau berjalan jauh.
#Ibubapa perlu memastikan ada pakaian gantian yang mudah di capai,kebiasaannya saya menyediakan beg yang dibawa sendiri oleh mereka.
#Jangan biasakan anak-anak dengan rutin nasi sebagai makanan utama,mereka sukar berjalan jika diajar dengan makanan khusus.Dedahkan dengan pelbagai jenis makanan.
#JIka berjalan dengan kereta,sediakan bantal kecil .
#Bagi penerbangan jauh,kanak-kanak boleh meneroka flight entertainment,atau membuat aktiviti membaca atau mewarna.Kebiasaannya mereka akan mendapat "hadiah"dari syarikat penerbangan.
# Sentiasa mengambil sarapan pagi sebelum memulakan lawatan.
#Sediakan beg plastik untuk persediaan membuang sampah atau muntah.
# Ajar mereka untuk berjalan disisi ibubapa.
# Letakkan no /nama yang boleh dihubungi didalam beg galas.Ia berguna jika mereka hilang.
# Elakkan berjalan di tempat yang sesak bersama kanak-kanak.
Wednesday, November 7, 2012
Tawakal itu indah,berjuang itu lebih indah
Catatan 7 November
Semua di dunia adalah pinjaman.Lewat semalam,saya menerima berita duka kehilangan permata hati dua sahabat yang jauh dimata dekat dihati kami.Kehilangan bayi yang masih kecil pastinya meruntun jiwa.Pada petang sebelumnya,suami menziarahi seorang rakan yang terlantar akibat serangan stroke.Usianya baru memasuki ambang 30-an.Kami bersama beliau dan isteri sama-sama menunaikan haji pada tahun lepas.Berkerjaya,mempunyai masa depan yang cerah,masih muda,semua boleh ditarik sekelip mata.
En suami pula,baru sahaja pulang dari perjalanan jauh pada petang 4 November.Kesokkan harinya ,kami diziarahi rakan dari Kuala Lumpur.Saya hanya sempat berjumpa beliau beberapa jam kerana masing-masing sibuk dengan jadual yang sedia penuh.Jika diizin Allah,suami akan berangkat semula ke MAdinah pada 17 November ini.Visa ziarah sudah siap diproses sebaik sahaja pulang dari Mekah dan Istanbul pada 4 Nov.JAdual semakin menghambat.
Dengan keadaan sedikit penat, Pada pagi 7 November,pembantu memaklumkan ada pegawai dari Kementerian menunggu saya di talian.Saya berharap tiada tambahan kerja disaat kepenatan memang sukar digambar dengan kata-kata.Rupanya-rupanya 2 wakil Kementerian akan membuat lawatan rasmi kurang dari dua jam.Lawatan kerja dengan notis singkat sebegini bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh.
Pilihan bukan satu alternatif.ALhamdulilah,dengan sahabat-sahabat dan rakan sekerja yang banyak membantu,2 jam lawatan kerja pihak kementerian berjaya kami tempuhi.Walaupun natijah tidak seindah harapan,saya sangat positif dengan makna tawakal.
Sedikit nasihat dari suami,sekiranya saya merasakan tekanan,ada baiknya melepaskan bebera perkara.Mungkin masanya belum bersesuaian.Pendirian saya,jika ia melibatkan kepentingan awam,cuba sahaja,jika berjaya,ia satu kemenangan,kalau kalah ia juga satu kemenangan.Moga saya tidak mengalah separuh jalan.
Dalam kehidupan,bukan semua di bawah kawalan manusia.Hidup dalam keadan teka-teki yang tidak berkesudahan,mungkin lebih menarik.Semoga warna-warna pelangi akan muncul selepas hujan.Kalau saya kalah,biarlah kalah selepas berusaha.

Monday, October 29, 2012
MUsafir
Sambutan Aidil Adha pada tahun 1433 H membawa saya pulang ke Johor bersama-sama anak-anak.Suami pula telah bertolak ke Mekah beberapa sebelum tarikh itu.Pertama kali saya bermusafir tanpa suami.Secara dasarnya,walaupun suami saya amat moden dalam sesetengah perkara,bab-bab melibatkan keselamatan dan ketetapan hukum tidak pernah diambil enteng.
Saya sendiri,walau biasa bermusafir ,tidak tegar kemana-mana tanpa keperluan yang betul-betul penting.Namun disebabkan ada keperluan dharuri,saya terpaksa pulang dengan syarat.Saya hanya di benarkan pulang dengan penerbangan dan ibubapa saya mestilah mengambil saya dilapangan terbang.
Bagi pasangan moden,perkara ini mungkin di lihat kolot.Tapi bagi saya ini adalah satu kewajipan.Wanita mudah terdedah dengan pelbagai risiko.Cara yang paling baik ialah dengan meminimakan sebarang bentuk kemungkinan.
Kadar perlakuan jenayah di Malaysia sebenarnya amat menakutkan.Walau secerdik mana seorang wanita,naluri dan fitrah kita memerlukan penjagaan dari Mahram.Kepada rakan-rakan di luar sana,kita mungkin selamat pada hari ini.Tapi untuk esok...?Setiap hukum atau panduan di dalam Al Quran adalah satu perintah.Mungkin terasa payah...namun ia adalah satu perintah.

Tuesday, October 23, 2012
Zulhijjah bulan Haji.
Terminal Madinatul Hujjah ,Jeddah atau lebih dikenali sebagai terminal Haji dikatakan akan ditutup pada 23 Oktober 2013.Lapangan terbang ini juga tidak lagi menerima penerbangan bagi kebenaran mendarat.Bermula pada 20 Oktober hanya penerbangan Saudi AIrlines yang boleh memasuki terminal ini tanpa menghadapi risiko di batalkan hak mendarat.
Urusan Haji penuh ujian dan mehnah.Pada hari Khamis 18 Oktober,Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan 4000 visa Haji tambahan bagi rakyat Malaysia.Masalah yang paling besar,4000 tiket Saudi Airlines pada saat akhir bukan sesuatu yang mudah.Ditambah pula,semua penerbangan perlu berada di Mekah sebelum terminal di tutup.Itu belum lagi masalah e-visa,hotel dan pengangkutan di Mekah.Selain dari Malaysia,hampir semua negara dikurniakan kouta tambahan pada saat akhir.Justeru itu,harga hotel terus naik mendadak berkali ganda.Katil-katil hotel yang dijual pada kadar 3000 sehari terus menjadi 6000-7000 sehari.
Bagi en suami setelah hampir 14 hari tanpa rehat dan tidur yang cukup,berkali-kali permohonan visa tanpa jawapan.Belum lagi masalah kecairan modal.Berpuluh-puluh tiket penerbangan Kl-KB dan bermacam ujian menjawab pertanyaan dan soalan,mendapat 40 visa haji cukup melegakan.Alhamdulilah juga beberapa visa pekerja bagi musim Haji banyak membantu.Menguruskan jemaah bagi menunaikan Haji merupakan tanggungjawab yang besar.Saya kagum kerana semua ini semata-mata bagi membantu sahabat-sahabat yang menghadapi "jalan mati" bagi memastikan jemaah Haji dapat ke Mekah.Walaupun separuh semangat saya "hilang" tanpa suami,saya cukup"terkesan" dengan makna dan maksud pengorbanan.Haji itu seluruh kehidupan....
semoga saya boleh menjadi sekuat dan setabah en suami.....ameen

Thursday, October 11, 2012
Manusia itu lemah,,
Menetap di Kota Bharu dan bekerja di Kuala Lumpur tidak menjadi sesuatu yang pelik bagi suami saya.Berulang -alik hampir setiap minggu dengan pengangkutan udara sudah menjadi kelaziman.Tetapi pada minggu ini,beberapa tiket pulang ke Kota Bharu banyak di batalkan.Dari satu hari,di tambah dua hingga berturutan pada hari ketiga.Sebagai isteri saya boleh "membaca" ada urusan yang cukup besar yang masih belum selesai.
Anakanda Maryam pula dilanda demam panas.Hampir dua malam tanpa tidur menemani renggekan si anak.Tanpa di sangka-sangka dua ekor kucing kesayangan juga tiba-tiba jatuh sakit dan mati.Semalam,setelah demam Maryam sedikit kebah,dan urusan pejabat dapat saya susun,saya terbang dengan penerbangan 6.40 pagi dengan penerbangan MAS.Saya yakin"sokongan moral" cukup penting untuk suami.Bermula dengan urusan di imigresen,bertemu dengan sahabat ketika "ralit" bermain game sambil menunggu urusan selesai.Sesungguhnya saya amat memerlukan tidur,dan terasa proses berfikir menjadi terlalu perlahan.
Satu hari yang pendek di penuhkan dengan pelbagai urusan. Dari urusan protokol,Kedutaan,Imigresen,saya yakin hanya semangat yang berbaki.kedua-dua kami memang kehabisan"bateri".Deringan telefon tanpa henti,urusan yang masih tersekat-sekat,semuanya adalah medan ujian.Walaupun semua kerja-kerja yang tidak berbayar,saya yakin ,hargaNYA cukup mahal di sisi tuhan.
Menjelang 3 petang,tekanan semakin memuncak.Kami mengejar masa yang cukup terhad.Suami pula mengejar "keajaiban".Tiket pulang ke Kota Bharu masih belum di proses.Sukar untuk kembali dengan urusan masih tertangguh.Namun saya perlu pulang sebelum hari yang "panjang" ini tamat.Akhirnya tiket akhir MAS kami proses.Dan suami pula perlu kembali pada 6.40 pagi keesokanya.Terbang seolah-olah kami seekor burung.Berjumpa dengan anak ketika orang lain di selimuti dengan mimpi.
Pagi ini,saya ke lapangan terbang menemani suami ,lantas ke pejabat dengan meja yang penuh.Cuti adalah perkara terakhir yang boleh saya fikirkan.Jika tidak ada aral melintang saya akan bekerja 7 hari tanpa cuti untuk bulan September dan Oktober ,November dan Disember.Kami kekurangan kakitangan,dan urusan pula dengan pelbagai pihak.Di bahu saya bukan hanya ada sekolah atau Kompleks,1001 satu macam urusan yang mungkin sukar untuk di kongsikan.....

Saturday, October 6, 2012
Psikotik
Pengalaman merupakan guru yang boleh membentuk kita.Ada juga pengalaman yang hanya singgah tanpa memberi bekas.Ramai manusia yang pernah jatuh dan terus bangun,berjaya mencapai cita-cita.Ada juga yang rebah tanpa mampu bangun.Ada yang tidak kenal"rebah" dan tidak pernah ingin berubah.
Dalam psikologi moden sikap ini banyak dipengaruhi oleh ego.Dalam kehidupan seharian,insan-insan yang bersarang dengan pelbagai sifap negatif akan sentiasa mngulangi kebodohan yang sama.Ia dinamakan jahiliyyah atau kehidupan dalam kejahilan.
Saya sering takut melihat kesalahan orang lain secara membuta tuli.Saya juga insan yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan.Tetapi jika kita berdepan insan yang sentiasa suka membuat silap,ini dinamakan penyakit.Penyakit tidak amanah.Orang yang tidak amanah tidak boleh dipertanggungjawab dengan sebarang urusan.Jika mereka melakukannya,pasti sekadar melepas batuk ditangga.Alasan seolah makanan jiwa.Yang paling teruk tidak meminta maaf bila melakukan kesalahan.
Apa yang saya perhatikan,jika sesorang pekerja tidak amanah dalam pekerjaan,ia jua tidak amanah dalam kehidupan sehari-harian.Menghabiskan waktu kerja dengan berfacebook,menyusahkan rakan sekerja,dan yang lebih teruk membawa masalah peribadi kepada umum.Ada juga yang secara terangan tidak membaiki kualiti kerja.Tugasan yang dilakukan bertahun-tahun masih perlu diajar atau di suruh.
Apabila kita berdepan dengan manusia sebegini,doa kadangkala tidak mencukupi.Kadangkala ada manusia yang suka memilih takdir merosakkan diri,

Mengenali Industri Batik....
Minat saya terhadap batik bermula sedari saya berusia awal 20-an.Peluang menetap di Kelantan banyak memberi peluang percambahan ilmu untuk mempelajari seni warisan yang sangat menakjubkan ini.
Batik Jacquard yang di tambah dengan manik,etc |
Kelantan dan Terengganu mendominasi pengeluaran batik di Malaysia.Namun begitu kilang-kilang batik juga wujud ni negeri-negeri lain di Semenajung.Walaupun industri batik merupakan industri berteraskan warisan,perkembangan dan pemasaran produk ini masih perlahan.Penghasilan batik lukis banyak di dominasi oleh pengusaha kecil dan sederhana sekitar Kota Bharu.Batik berunsur digital yang menggunakan mesin pula,banyak di hasilkan di Terengganu.
Batik Crepe |
Harga batik dipasaran banyak bergantung kepada jenis kain,kualti,corak dan target pembeli.Batik untuk wanita boleh di beli di pasaran terbuka bermula dengan harga RM 100-150.Kebiasaaan,batik ini tidak mempunyai banyak corak dan bermutu rendah.Ia juga boleh menjangkau ke harga ratusan ringgit ,bergantung kepada jenis fabrik dan motif yang di lukis. Harga juga bergantung kepada volume belian.
Penghasilan batik adalah produk kesenian yang mempunyai nilai yang tinggi.Kreativiti pencanting banyak menentukan seni dan nilai produk ini.Walaupun,industri ini banyak menunjukkan peningkatan,namun masih banyak usaha yang perlu di tambah bagi mengekalkan kesenian dan meningkat mutu industri batik.
Thursday, October 4, 2012
ITQAN
Perkataan "ITQAN" sangat menggamit hati ketika kerja rutin yang semakin bertambah tanpa berkurang.Saya kurang cakna dengan konsep ini,dan terasa ingin mendalaminya.Maksud ‘itqan’ dalam bahasa Arab adalah melakukan sesuatu dengan penuh komitmen, kemahiran yang tinggi dan iltizam.Sentiasa menjadikan kecermerlangan dalam kayu ukur.Dalam kerjaya seharian,"dateline","sosial meeting""proposal" "consultancy" seperti irama yang menjadi makanan jiwa.
Mengurus staff dari pelbagai latarbelakang,berurusan dalam banyak bidang banyak memberi peluang untuk saya belajar.Mengurus manusia secara individu dalam sesebuah organisasi pula sememangnya menjanjikan pengalaman yang bukan sedikit.
Lewat semalam saya tertidur hampir pukul 2.30 pagi.Pulang kerumah bersama suami dikala embun jantan sudahpun bertitik ,bukan satu perkara yang pelik.Suami yang sibuk tidak berkesudahan,memerlukan saya mengadaptasi waktu tidur atau waktu berehat.Saya diajar berfikir diluar kebiasaan sedari usia awal perkahwinan.Tiada masa bergoyang kaki atau bersenda tanpa kerja.Walaupun suami saya tidak mengajar "itqan"atau mendidik saya secara langsung,saya cukup memahami tuntutan kerja yang memerlukan komitmen tanpa mengira masa atau wang ringgit.
Memerhatikan suami dalam usia lebih sedekad,saya diajar secara jelas untuk bersedia bagi menghadapi semua kemungkinan.Sesuai dengan sabda nabi,manusia yang terbaik ialah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.Cuma,kadangkala sebagai insan yang lemah,emosi saya juga agak terganggu.Namun bila saya di beri masa untuk berfikir,saya cukup sedar tugas sebagai manusia itu cukup banyak.Dan masa semakin singkat.Mukmin hanya berehat dalam ruang yang dipanggil "kematian"
Belajar dan mempraktik adalah dua aspek yang mempunyai dimensi tersendiri.Rasa letih atau penat adalah adat manusia biasa.Nilai itqan banyak menjadikan empayarIslam berkembang luas.Komitmen umat terdahulu membina tamadun,masih memberi kesan sehingga hari ini.Bekerja dengan penuh kesungguhan atau bekerja kerana semata-mata kerja-semuanya pilihan iman.

Monday, October 1, 2012
Gambar-gambar........
Nasi tumpang,,,makanan tradisional Kelantan,nasi yang disusun dengan diselangselikan dengan variasi lauk-pauk.Sedap dan hampir pupus kerana memerlukan seni dan kesabaran yang tinggi bagi menghasilkanya.
Gula batu bersama zaffaran dari Iran.Di celupkan ke dalam minuman dan di percayai mempunyai khasiat perubatan.Masih tidak ada di pasaran Malaysia.Sedap di minum bersama cay.
Tugra,khat dari Turki.Saya banyak memborong tulisan-tulisan ini di grand Bazaar.Di "framekan" untuk menambah seri.Harganya bergantung kepada kualiti dan kehalusan tulisan.

Gambar di Istanbul,khat yang di tulis dalam bentuk burung.
Sempadan Syria -Turki sebelum bergolak.Suami saya merentasi beberapa negara melalui jalan darat,terutama Syria-Turki.Beliau sempat mendengar amanat di Masjid Umayyad semasa krisis hampir meletus.
Buku-buku kiriman dari Turki.Percuma untuk kegunaaan Maahad Tahfiz Wal Qiraat An Nur.
Sunday, September 30, 2012
Kalau Haji itu sempadan...
Sedikit perkongsian Haji.
Ibadah Haji merupakan sebuah perjalanan dari detik kelahiran sehingga detik kita kembali kepada Nya.Ia adalah gambaran kehidupan kita.Lambang penyerahan.Saya pernah merasai debaran pertama kali menunaikan haji.Bimbang dengan berbagai kemungkinan.Takut menyalahi hukum,takut membuat kesilapan,takut itu dan penuh dengan pelbagai ketakutan.
Hakikatnya ritual yang akan kita lakukan seperti tawaf,saie,wukuf,melontar,semuanya akan dilakukan oleh semua jemaah yang menunaikan haji.Berkali-kali suami saya menenangkan saya supaya fokus dengan niat berhaji.Buat yang terbaik mengikut kemampuan diri.
Saya berhaji dengan kaedah tamattuk.Tawaf kali pertama saya ialah tawaf seorang diri.Satu tanda yang jelas,kehidupan yang sebenarnya hanya antara saya dan Pencipta.Walaupun saya biasa dengan ibadah umrah,debaran tawaf berseorangan benar -benar mengajar saya banyak falsafah kehidupan.Memahatkan itiqad Allah itu segalaNYA tidak semudah bibir yang melafaz kata.Suami itu satu hadiah,malah juga satu ujian.Pengajaran pertama saya dalam ibadah haji,pergantunggan hanya padaNYA.
Hari seterusnya saya belajar dan belajar dengan lebih banyak.Sehingga saya selesai,banyak yang ditunjukkan di kota suci Mekah.Hakikat yang difahami oleh diri sendiri.Pengajaran ,ibrah dan kisah yang membentuk nilai diri seorang manusia.
Sekembali dari kota Mekah,setiap hari adalah persiapan kematian.Ujian rezeki,anak-anak adalah lumrah.Tiada impian untuk menjadi jutawan dunia.Tiada juga banglo, rangkaian perniagaan.Saya hanya ingin menghabiskan kehidupan untuk memberi......
Thursday, September 27, 2012
VISA HAJi
Hujung Sepetember merupakan masa yang cukup "genting" bagi operator haji swasta atau operator swasta yang bernaung di bawah payung Tabung Haji yang beroperasi di Malaysia.Pada tahun ini pula kouta tambahan yang dirayu diperingkat kerajaan telah di tolak.Syarikat gergasi seperti Rayhar,Andalusia dan Gemilang Travel mengalami penyusutan yang ketara bagi visa haji berbanding jumlah pemohon yang ingin menunaikan haji.Banyak hotel-hotel yang telah dipajak,terpaksa di jual semula.Kerugian diatas kertas mula menambah "kehangatan" pada musim haji yang akan menjelang,
Bagi bakal jemaah,perkara-perkara seperti diatas adalah lumrah dalam bidang pengurusan umrah dan haji.Walaupun dikatakan Malaysia mempunyai sistem pengurusan haji yang sistematik,masih banyak penambahbaikan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa.
Saya mendoakan kepada pemohon visa Haji swasta agar semua permohonan anda di terima.Saya juga mendoakan anda juga dikurnniakan haji mabrur.Untuk rakan-rakan yang dalam debaran menunggu keputusan,pasakkan kebergantungan kepada yang satu.Sekiranya rezeki anda sudah tertulis,insyallah semua akan di permudah.

Wednesday, September 26, 2012
Maryam Dan Mishaal
Kedua-dua anakanda saya masih membesar seperti kanak-kanak "Ribena",gembira dan sentiasa ceria.Kehidupan mereka sangat mengasyikkan dengan ramuan kartun,bermain,bergaduh dan bermacam aktiviti yang cukup indah di sisi seorang kanak-kanak.
Seringkali ibu mertua menyediakan hidangan yang di tempah khas oleh mereka berdua.Mujur ada ninda yang teramat baik hati.Jika menunggu mama mereka,mungkin hanya di pagi Jumaat atau Sabtu baru yang didam menjadi kenyataan.Itupun kalau saya tegar di Kota Bharu.
Saya juga sering kali dipesan-pesan dengan pelbagai versi nasihat dan ingatan.."mama balik awal ye",
"mama,sebelum kerja ,kejutkan saya","mama,boleh tak mama cuti esok "?.Walaupun hanya pesanan dari kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun,namun ia cukup mengingatkan bahawa anak-anak amat memerlukan ibubapa.
Dek kerana anak-anak,saya kerapkali ke Kuala Lumpur pada dinihari dan kembali ke Kota Bharu pada lewat malam.Jadual semakin terkejar-kejar.Anak-anak banyak menjadi faktor pendorong.Saya cuba melupakan "angan-angan " yang sering menari-nari di kepala.Ada perkara yang perlu ditangguh dahulu,
Melihat anak-anak membesar dengan bahagia dan ceria merupakan nikmat yang cukup besar.Jika dulu saya sering "panas" kerana Mishaal yang bangun seawal 6 pagi semata-mata ingin diuruskan oleh bonda,atau Maryam yang hanya tidur diatas lengan,kini saya sedar,masa itu sahaja ,anak-anak memiliki saya sepenuhnya.Kekayaan fizikal hanya faktor tambahan,sentuhan seorang "ibu" itu yang paling bernilai.Alhamdulilah,hatta sedikit terlewat,saya masih sempat sedar.

Sunday, September 23, 2012
Cina Dan Dakwah
Bangsa Cina wujud hampir di semua ceruk dunia.Di Malaysia,Australia,Singapura,Amerika Syarikat ,Indonesia semuanya mencatat kehadiran bangsa China sebagai penduduk atau pemastautin.
Tembok Besar Cina pula merupakan satu tinggalan tamadun yang hebat.Dimana-mana,bangsa Cina sering memeberi signifikasi yang besar kepada masyarakat sekitar.
Saya di lahirkan dalam kelompok keluarga yang berasimilasi antara India,Melayu Dan Cina.Menetap di Johor membuatkan saya dan kebudayaan Cina menjadi begitu intim.Rakan-rakan sekolah,para guru,anggota masyarakat adalah gabungan bangsa yang berbilang kaum.Kesemua suami nenek saudara saya adalah berbangsa asing.Akhirnya kami semua menjadi bangsa Melayu.Namun,dari segi genetik,ada sedikit perbezaan cara hidup dan wacana berfikir hasil dari darah yang bercampur-campur ini.
Saya amat yakin antara faktor Islam kurang berkembang dikalangan bukan Muslim adalah kelemahan untuk "menarik" bangsa Cina dengan kesyumulan agama ini.Guru saya sering berkata,kebudayaan Cina tidak meletakkan agama di tempat yang maha penting.Budaya adalah kunci memahami bangsa ini.Budaya menghormati nenek moyang,budaya makan,budaya menghormati orang yang lebih tua.
Bangsa Cina sifatnya dominan atau menguasai.Apa jua yang mendatangkan keuntungan ,kekayaan pasti akan di capai dengan apa cara.Saya kagum dengam impian Universiti Wawasan yang diperjuangan sekitar tahun 1970 an. Impian ini ditentang kerana ia dikatakan mengganggu hak Melayu.Namun diatas usaha gigih,selang beberapa dekad UTAR mengantikan Universiti ini.Jauh lebih gah dan berdiri dengan usaha tanpa mengenal putus asa.
Saya sering membayangkan apakah kesan sekiranya Cina Muslim Di Malaysia diamanahkan sebagai "anchor" bagi mengembangkan dakwah di negara ini.Adakah corak kerja yang akan mereka aplikasi.Bagaimana kesan atau impak yang akan diperolehi.Mereka terbukti hebat dalam bidang pendidikan.Mereka juga hebat dalam bidang ekonomi.Tamadun yang mereka pernah bina,sering mencetuskan semangat .Bangsa Cina bisa hidup hatta di campak di Sahara yang tandus.Bagaimana agaknya jika satu hari Cina Muslim ini memimpin dunia..? Saya masih tertanya-tanya...

Thursday, September 20, 2012
..Taman Taman Bunga
Saya jarang berkesempatan untuk meraikan perkahwinan sanak saudara di Johor mahupun di tempat-tempat lain.Pada minggu lepas suami dengan murah hati membelikan tiket penerbangan pergi balik ke Johor dan Singapura bagi memastikan saya tidak lagi tertinggal majlis-majlis penting keluarga. Kebetulan,penerbangan terus Kota Bharu ke Johor Bharu banyak menjimat masa dan mengurangkan kepenatan kami berdua.
Majlis perkahwinan di Johor sering membuatkan penyakit "severe migraine" menyerang tanpa belas kasihan.Muzik karaoke,nyanyi-nyanyian cukup memebuatkan suami tersenyum sinis.Dia cukup mengenali saya yang sensitif bunyi.Mujur tidak disertakan Ghazal atau joget lambak,kalau tidak ,mungkin saya terus pengsan trauma untuk ke majlis perkahwinan :).Tidak sampai beberapa jam,saya tanpa silu mengambil Sentra kesayangan abah untuk ke Danga BAy.Tidak dapat saya bayangkan dengan bunyi seumpama opera China yang membuatkan otak saya menjerit-jerit kebosanan.
Walaupun saya hanya singgah ke Johor Bharu sebentar,budaya" bersuka-sukaan" amat melemahkan jantung.Saya keberatan untuk pulang ke Johor hanya untuk melihat dan mendengar lagu-lagu dendangan yang menyakitkan aqal dan hati..Lewat Asar ,saya ke Singapura,menyusun senyuman,banyak yang ingin saya "beli" "rasa" dan hadiahkan....
Tempat ini berjaya membuatkan hati saya berbunga-bunga riang,dan berjaya mengempiskan dompet saya dan suami. Walaupun jumlah buku yang di beli tidak banyak,terasa seperti insan dua darjat apabila Ringgit di tukar menjadi Dollar..
Koleksi buku-buku sini dari segala ceruk rantau.Banyak buku-buku yang hanya boleh didapati di Amazon,ada di jual di Wardah. Kedai ini terletak berhampiran Masjid Sultan.Harga buku-buku pula lebih kurang sama seperti di UK .Harganya kompetetif dan kalau dek kerana terlupa menukar duit ,pasti banyak yang saya beli.Namun,buku-buku di sini boleh di beli di atas talian.
Kunjungan saya yang sebentar di Kota Singa juga di lengkapkan dengan ziarah Maqam Habib Nuh.Begitu juga ziarah Hari Raya di Kota Singa...terima kasih untuk sahabat yang sudi melayan...sudi pula membekalkan kuih raya untuk di bawa pulang..hehe
p/s....
'sahabat'...jom decide tarikh nak ke Turki....

Sunday, September 9, 2012
Manusia insan biasa...hanya semangat membezakan
Semenjak menjadi "orang tua" ,kenduri kendara menjadi rutin jadual saya.Budaya masyarakat Kelantan dan acara makan-makan pula umpama aur dan tebing.Pada Syawal yang masih bersisa,saya rasa ralat sedikit tidak dapat menikmati biskut raya yang menjadi idaman hati.Raya pertama saya berada di Kampung Laut,melayan tetamu sekadar ketika sakit perut yang tak habis.Hanya sempat beraya dua rumah kunjungan wajib hanya selepas 8 malam.
Jadual hari Raya kedua juga meraikan majlis Aqiqah di Kampung Laut,12 tgh malam bertolak ke Johor,dan lusa 12 tgh malam bertolak ke Kota Bharu semula.Hari raya kelima ,dalam kepenatan yang memang hampir saja tersembam,lima majlis wajib dari seawal pukul 11 hanya pulang ke rumah hampir 1 pagi..Pada malam yang sama sempat meraikan rakan -rakan dari Kedah dan Perlis.
Kemudian raya menamatkan cerita,pejabat,rutin kerja sehinggalah menerima kunjungan Kak Halimah.Rasa ralat kerana tak dapat menyongket ke sana kesini. Saya hanya sempat bersama kak Halimah pada hari Khamis.
Tempat pukul satu pagi malam Jumaat,dek kehabisan tenaga,saya di landa demam panas.Mujur ada rakan menemani kak Halimah,rasa terkilan hanya Allah yang tahu,Namun demam bukan alasan,keesokkan pagi selepas beberapa papan panadol,saya bersedia untuk menerima kunjungan tetamu seramai 23 orang dari Pulau Pinang.Dan sehingga hari ini,jadual masih berjalan.Sebentar lagi akan terbang ke Johor Bharu dan singgah ke Singapura.Esok kembali ke Kota Bharu untuk UPSR pada lusa.Hari Khamis mungkin terbang semula...semoga saya tidak rebah,

Wednesday, August 29, 2012
Istanbul :Perkongsian Maklumat Perjalanan
Turki merupakan destinasi persinggahan suami yang paling kerap.Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini,jumlah lawatan mencecah 14 kali atau mungkin lebih.Untuk maklumat,kami tidak mempunyai sebarang aset atau perniagaan di Istanbul.Di sana hanya tempat berehat.
Sedikit maklumat yang boleh di kongsikan:-
- MAS mempunyai penerbangan terus dari KL-Istanbul yang memakan masa perjalanan hampir 10 jam atau lebih.
- Penerbangan pilihan suami saya kebiasaanya ialah pesawat EMIRATES kerana perjalanan lebih selesa dan kondusif.Bagi harga yang lebih kompetetif,pesawat 5 bintang Qatar Airways boleh menjadi pilihan.Pilihan lain ialah EGYPT AIR.
- Tiket promo MAS tanpa tax adalah lebih kurang 900 tt,dan mencecah 2800 atau lebih untuk penerbangan pergi balik.Harga tiket semasa mencecah hampir 3000 dan keatas ekoran dari tax dan kenaikan bahan api.
- Lapangan Terbang Antarabangsa Attarturk merupakan antara landasan tersibuk di dunia.Kemudahan awam sangat efektif di sini.Dari Lapangan terbang hanya perlu mengambil tram/metro yang hanya berharga beberapa lira.Sekiranya mempunyai bagasi yang banyak,teksi boleh menjadi pihan.
- Kawasan penempatan pelancong yang popular adalah bertempat di SultanAHmet Square.Di sini banyak butik-butik hotel yang menggunakan Euro dan US Dollar.Bagi kawasan yang berhampiran Blue Mosque,Topkapi Saraye,Aya Sophia,kadar hotel lebih mahal sekitar 70 Euro dan semakin mahal apabila musim panas.Suami saya hanya menginap di Dongyang Hotel sepanjang berada di Istanbul.
- Semua tempat pelancongan popular kecuali Blue Mosque,adalah berbayar.1 TL atau Turkish Lira bernilai setara atau kurang/lebih RM 1.70.Kadar ini bergantung kepada nilai pertukaran semasa.Secara amnya Istanbul adalah selamat bagi pelancong,cuma jika ingin mengelak kecurian,gunakan kredit kad.
- Bagi pelancong pertengahan,Istanbul ialah bandar pelancongan yang agak mahal.Membayar sekitar RM 100 untuk satu hidangan di sekitar SultanAhmet adalah perkara rutin.
- Sarapan pagi yang di sediakan di hotel terdiri dari roti ,buah-buahan,bijiran.Tiada nasi lemak,mee hoon etc di sini.Setakat yang kami tahu, tiada lagi Hotel berkonsep Malaysia di Istanbul.
- Bahasa Inggeris di gunakan secara meluas dikalangan pekerja hotel.Tetapi untuk orang awam,komunikasi sering menjadi masalah.
- Bagi peminat Uthmaniyyah,sejarah dan artifak berada di sekeliling Istanbul.Kota-Kota lama masih jelas kelihatan.Bagi yang ingin melihat Islam dan Turki,kawasan Fetih dan Eyup boleh menjadi pilihan.
- Ramai rakyat Malaysia yang menetap di Istanbul,cuma jarang yang menetap di sekitar SultanAHmet.
- Di Pasaraya Jevahir terdapat restoran Malaysia.Sekiranya anda teramat rindukan nasi putih,boleh kesana.
Tuesday, August 28, 2012
Visa Umrah Visa Ziarah 2012
Bagi makluman rakan-rakan,visa umrah bagi tahun 2012/1433 H sudah ditutup beberapa hari sebelum Ramadhan yang lepas. Tanah suci Mekah sedang bersedia bagi menerima tetamu bagi musim haji yang menjelang tiba.Ada di kalangan rakan-rakan yang bertanya mengenai cara kemasukkan ke tanah suci sekiranya ingin menggunakan visa selain visa umrah.Di bawah merupakan sedikit panduan,yang mungkin perlu di buat di buat semakan semula.
Visa Ziarah
- Ada beberapa kategori visa ziarah.Ada visa ziarah pelancongan,ada visa ziarah perniagaan dan visa ziarah yang diperolehi sekiranya ada keluarga yang menjadi pemastautin di Arab Saudi.
- Visa ziarah jarang di jual oleh syarikat travel kerana ia sukar di perolehi dan terhad.
- Visa ziarah pelancongan yang diperolehi oleh syarikat travel esperti Andalusia telah di batalkan.Peraturan ziarah dan umrah sering bertukar ganti mengikut prasyarat kerajaan Arab Saudi.
- Visa ziarah membolehkan pemegang visa memasuki Arab Saudi dari mana-mana kawasan di negara tersebut seperti Riyadh,Dammam etc.
- Visa ziarah mempunyai pelbagai versi,single entry dan multiple entry
- Visa ziarah membolehkan pemegang visa mengunakan domestik airport di Arab SAudi.Pemegang visa umrah perlu menggunakan Airport Haji yang banyak kerenah.
- Sekiranya ada keluarga terdekat seperti anak ,adik etc yang menetap di Arab Saudi secara sah,mereka boleh membantu untuk mendapatkan "calling visa" atau visa ziarah.
- Semua visa ziarah perlu di proses oleh wakil yang mahir dalam proses ini.
Monday, August 27, 2012
Ada apa di Singapura
Saya suka melihat iklan iklan mengenai Malaysia yang menghijau,kaya dengan hasil bumi,sumber semulajadi,kejayan Petronas di luar negara dalam bidang minyak dan gas ,dan pelbagai kisah -kisah kekayaan Malaysia yang amat menakjubkan.
Apabila saya menjejak Singapura yang kontang,tanpa gunung ganang ,tanpa emas,tanpa minyak dan gas,tanpa apa-apa hatta air bersih pun terpaksa di import dari Tanah Johor, membuatkan saya terlebih pelik.Duduk sebagai Pulau,tetiba Dollarnya lebih mahal dari ringgit Malaysia yang kaya raya dengan hasil bumi.
Singapura hanya mempunyai aset laut sebagai pelabuhan.Daripada pusat perdagangan entrepot,ekonomi dijana dari sumber yang terhad,tidak termasuk sumber manusia yang tidak mencapai 70 juta seperti wawasan 2020.
Saya sering terbayang-bayang susuk Lee Kuan Yew semasa dia membawa keluar Singapura dari Malaya.Walaupun dikatakan di taja oleh Zionis ,Amerika,kemampuan beliau membawa Singapura dari ekonomi setempat ke arena global amat menakjubkan.
Memproses air yang di jual oleh Johor,kemudian menjadikan air sebagai komoditi.Menggunakan Nusajaya sebagai wilayah tambahan.tidak termasuk Iskandar Malaysia.Menutup "penjajahan "minda dengan dasar pecah perintah.Dasar perumahan dan kerajaan tempatan.Polisi yang digunakan hampir di seluruh dunia,termasuk di Malaysia.
Melayu di Singapura perlu ada yang berdarah Indonesia,ada juga yang berdarah Malaysia.Akhirnya dengan penerapan dalam sistem pendidikan Nasional,mereka menjadi anak Melayu Singapura.Bahasa Inggeris amat di pandang tinggi.Melayu termasuk Masjid Kampung Glam juga hampir tenggelam.
Sosio-politik dan geografi Singapura hanya satu prototaip,dengan wajah Malaysia dalam kurang 50 tahun lagi.Singapura sedang melalui fasa perubahan yang biasa di dekad dunia digital ke era post modernism.
Sesuatu yang saya belajar dari Lee Kuan Yew,kekuarangan yang kita miliki mungkin membantu kita mencari sesuatu yang lebih.Dan yang lebih penting tiada yang mustahil-dengan Izin Nya...

Tuesday, August 14, 2012
Terima Kasih...
25 Ramadhan
Di pejabat saya dipenuhi dengan beras,minyak,barang-barang hamper,kuih-muih,senarai penerima bantuan zakat,sedekah,fidyah dan sebagainya.Sumbangan yang disalurkan untuk pihak luar sudah saya tunaikan sebelum 17 Ramadhan lagi.Golongan gelandangan,armalah,faqir miskin semuanya di bereskan awal-awal kerana saya akan membahagikan khusus bahagiann warga kerja Kompleks Tarbiyyah An Nur selepas 25 Ramadhan.
Terima kasih diatas kepercayaan sahabat-sahabat yang bermurah hati membantu saya menyalurkan bantuan-bantuan kepada golongan yang memerlukan.Sumbangan yang diterima,tanpa mengira nilai,amat berharga kerana ia lambang amanah dan kepercayaan.
Hampir 2/3 puasa ini masa saya banyak dihabiskan menyiapkan amanah-amanh di samping tugas rasmi di Kompleks,perniagaan dan menyiapkan persediaan kajian.Saya hampir-hampir kehilangan tenaga,dek mengenang ramai yang masih memerlukan...amanah perlu di lunas.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat.terima kasih kepada semua ahli keluarga.Saya hanya dapat pulang ke Johor Sehari sempena Ramdhan,dan hampir-hampir tidak menolong ibu mertua di rumah.Masa yang terkejar-kejar banyak memakan tenaga dan memerah minda.
Semoga Ramdhan menjadi bengkel..dan ia berterusan...

Sunday, August 12, 2012
Gelandangan...aku tanpa rumah dan tanpa mereka
Cerita semasa puasa...
Pada suatu hari di bulan puasa yang dimuliakan,saya di maklumkan dengan satu usaha bagi membantu orang-orang yang tidak berumah atau" homeless",dalam bahasa mudahnya golongan gelandangan.
Tanpa berfikir-fikir saya mewar-warkan aktiviti ini kepada kawan-kawan dan sahabat yang pasti akan membantu.Di bawah merupakan laporan aktiviti pada Jumaat lepas...
Gambar boleh bercerita,dan saya tidak sanggup melihat gambar-gambar yang dipaparkan.Bayangkan,jika satu hari nanti kita hanya berbantal di bawah bintang,tidur beralas kotak,makan sisa lebihan,dihina ,dicemuh oleh manusia.....
Mereka ini bukan berada di negara perang,bukan juga ditempat konflik.Mungkin ada yang menuduh,mungkin ada yang berprasangka.Cuma saya pasti tidak ada insan yang minta dijadikan sebegini.
Semoga golongan ini terus didekati.Kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,semoga anda semoga diberi kekuatan dan keberkatan.Ameen.Kepada yang melihat tanpa rasa apa-apa...semoga anda dikurniakan sedikit "rasa".

Wednesday, August 8, 2012
bUDAYA-MAKAN-MAKAN
Entri ini merupakan kepelbagaian makanan berlatar budaya berbeza.
Lauk-lauk Turki,boleh dimakan bersama Pilav atau roti...
Chicken Kabsa-Arab
Steak-Western Civilazation
Anak ayam panggang bersama sos bawang putih-makanan Timur Tengah
Kerabu sarang-Kelantan
Nasi Salik-susu untuk org tiada gigi dan kanak-kanak-bersama jalatah dan sambal
Ayam cincang-tomato-garam-gula-etc
Chicken Mandy
Makanan arab

Siffin ...dan Uhud
Peperangan dan senjata merupakan salah satu taktik politik kuno yang masih digunakan sehingga zaman moden ini.Mencetuskan konflik antarabangsa,penghapusan kaum sentiasa dan terus berlaku,seolah-olah sejarah sentiasa berulang.
Saya dalam rangka kerja menggubal silibus matapelajaran Sirah yang sering diajar di kebanyakkan sekolah agama di Malaysia dan teringat beberapa fakta mengenai motif dan tujuan peperangan.
Kebanyakkan anak murid diajar mengenai Perang Badar,Ahzab ,Khandaq ,Siffin dan bermacam-macam peperangan.Biasanya topik yang diulas hanya melewati,tarikh,jumlah atau impak peperangan dan pendekatan sejarah yang konvesional.
Sewaktu saya melawat Turki,saya sempat melihat senjata-senjata yang di pamerkan di Topkapi.Banyak juga senjata yang dihadiahkan dari kerajaan seperti China,Jepun dan banyak lagi negara.Di catatkan juga,antara kunci kejayaan menawan Constantinople ialah sejenis meriam yang mampu merobohkan tempoh kota yang gah itu.
Pakaian perang yang di pamerkan di Topkapi
Perang Khandaq pula,memperlihat strategi perang yang di cetus oleh Salman Al Farisi.Cetusan idea ini dikatakan hasil dari pengalaman tamadun Parsi yang lebih ke hadapan pada masa itu.Pada masa itu juga,di nukilkan hadis yang menjadi visi dan misi Khalifah selepas Rasullah ,iaitu,visi kota Konstantinople akan jatuh pada Raja yang terbaik.
Sewaktu saya menziarahi kawasan Eyup,saya tidak memahami mengapa maqam Abu Ayyup Al Ansari perlu berada di Konstantinople.Mengikut rekod yang di catat ,rumah Abu Ayyup menjadi pilihan Nabi Muhammad (saw) sewaktu mula sampai ke Madinah.Ini bermakna,Abu Ayyup merupakan insan terpilih.Insan terpilih ini memilih untuk berada di Islambul.Memilih untuk berjumpa raja yang terbaik,tentera yang terbaik.
Setelah beberapa fakta saya halusi,kedudukan Istanbul bukan sahaja penting dari sudut sejarah,namun ada sejarah baru yang akan tercipta.Ia semakin jelas bila berlaku krisis di Syria.Syria sebagai kota ilmu merupakan pertahanan "minda" bagi ummah.Istanbul pula dijatuhkan dengan peperangan idealogi dan emosi.Uthamaniyyah dijatuhkan dengan peranan sekularisme dan nasionalisma.
Penghapusan etnik di Bosnia,di Burma,di Kashmir,di Ulgur merupakan "grand design" yang telah lama di rancang.Pattani ,Moro merupakan hanya titik-titik geografi bagi mengurangkan perkembangan tamadun Islam.
Selepas Khalifah-khalifah yang empat,Abbasiyyah,Umayyah,Uthamaniyyah,pihak yang merancang bersungguh mengurangkan titik fokus yang bernama Muslim.Prinsip nation memisahkan kesatuan-kesatuan ini.Muslim tidak perlu diperangi secara terbuka dan berdepan,hanya memisahkan mereka dari leluhur dan Al Quran.Mereka cukup takut sekiranya Sallehudin Al Ayyubi akan muncul sekiranya perang dibuat secara terbuka.
Melalui kajian orientalisme,pengkaji-pengkaji Timur dan Barat sedang mengenal pasti ,tempat-tempat dimana akan lahir kepimpinan yang berteraskan Al Quran dan AS Sunnah.Dikatakan,Afrika menjadi target utama di samping beberapa negara seperti di Timur.Bagi kawasan Asia Tenggara,Singapura dilahirkan bagi memecah dominasi Muslim terbesar.Di Afrika regim-regim menguasai di samping sosio politik dan ekonomi yang semakin gawat.
Beberapa Universiti di Barat mempunyai kepakaran untuk mengesan"kebangkitan" Islam ini.Pengkaji-pengkaji ini amat terlatih untuk mencari titik fokus.Secara mudah,hasil kajian mereka yang "pakar "ini telah menjadikan polisi nasioanal melalui campurtangan kedutaan di negara masing -masing.Sebagai contoh,penghapusan sistem pengajian tradisional seperti "pondok " yang wujud di Malaysia.Ia juga berlaku di semua negara yang menggunapakai konsep serupa.Begitu juga silibus atau sukatan pengajaran agama di sekolah-sekolah.Bantuan perkapita dan sebagainya.
Konklusinya,peperangan akan terus dan berterusan.Senjata fizikal bukan lagi menjadi target dan dominasi.Peperangan alaf baru ini merupakan peperangan minda.tidak perlu melihat jauh,facebook menjadi contoh yang jelas.berapa ramai pendakwah facebook yang lahir,berbanding pendakwah sebenar di luar? Belum lagi minda yang terjajah dengan ketakutan terhadap mati dan perkara yang di panggil Wahn...
Semoga saya dapat merangka silibus yang betul....

Wednesday, August 1, 2012
Hari Raya yang dekat tapi jauh...
Catatan hari ke 12 Ramadhan
......Sehari dua ini saya amat berharap semua urusan perniagaan saya berjalan lancar.Suami juga agak sibuk menguruskan pelbagai urusan yang pasti tidak selesai dalam sehari.Pada tahun ini kami suami amat berharap dapat memberikan bonus sebulan gaji atau paling kurang setengah bulan gaji untuk semua staff.Jumlah minimum yang kami perlukan hampir RM 15000.Walaupun ia hanya harapan di hati kecil,namun saya tahu,suami amat bersungguh-sunguh mencuba bagi meringankan beban kakitangan yang rata-ratanya amat memerlukan wang untuk sambutan Aidilfitri.
RM 15000 bagi sesetengah orang mungkin tidak bernilai.Tapi untuk kami yang menatap wajah-wajah yang membantu membangunkan Kompleks ini,tidak tergamak melihat mereka berhari raya dengan berbekalkan wang gaji RM 500-600 yang sememangnya jauh dari cukup.
Semoga rezeki kami ditambah agar dapat di kongsi dengan insan-insan yang memerlukan.

Sejadah Turki-sejadah tebal dan tidak berbau wangi
Produk Sejadah tebal dari Turki-tidak berbau wangi
Semua sejadah diatas merupakan pasaran untuk pembekal.Sila pm untuk harga dan stok sedia ada.Kualiti adalah terjamin .Belian minimun 25 dan keatas.Harga bermula dari RM 35.
Saturday, July 28, 2012
Sejadah..seccade...wangi..harum....dari Turki dengan cinta
Assalamualaikum
Di sebabkan suami saya suka sangat ke Istanbul,maka saya pun mengambil peluang dan kesempatan mengirim pembelian sejadah wangi.Untuk stok yang sedia ada,corak dan fabrik adalah seperti di bawah. Kepada pemborong dan peruncit sila maklumkan tempahan seberapa segera.First come first serve sahaja..saya tidak menyimpan stok.Harga bergantung kepada kualiti dan kuantiti pembelian.
Sejadah Abstrak,,,,mahal sikit
Sejadah biru yang cun,,,stok sedikit sahaja
Ungu yang eksklusif juga....
Sejadah merah hati...hati ku yang merah,,,,
sejadah pink....yang jambu
Merah lagi...................
Dan banyak lagi,cuma tak berapa banyak masa nak di upload.kebanyakkan sejadah ini akan diambil pemborong.Sila buat pilihan segera sebelum kehabisan stok.0199831053
Di sebabkan suami saya suka sangat ke Istanbul,maka saya pun mengambil peluang dan kesempatan mengirim pembelian sejadah wangi.Untuk stok yang sedia ada,corak dan fabrik adalah seperti di bawah. Kepada pemborong dan peruncit sila maklumkan tempahan seberapa segera.First come first serve sahaja..saya tidak menyimpan stok.Harga bergantung kepada kualiti dan kuantiti pembelian.
Sejadah Abstrak,,,,mahal sikit
Sejadah biru yang cun,,,stok sedikit sahaja
Ungu yang eksklusif juga....
sejadah pink....yang jambu
sejadah bunga bunga cinta
Sejadah fabrik kain..ada berwarna merah...oren etc
Dan banyak lagi,cuma tak berapa banyak masa nak di upload.kebanyakkan sejadah ini akan diambil pemborong.Sila buat pilihan segera sebelum kehabisan stok.0199831053
Subscribe to:
Posts (Atom)