Saya jarang berkesempatan untuk meraikan perkahwinan sanak saudara di Johor mahupun di tempat-tempat lain.Pada minggu lepas suami dengan murah hati membelikan tiket penerbangan pergi balik ke Johor dan Singapura bagi memastikan saya tidak lagi tertinggal majlis-majlis penting keluarga. Kebetulan,penerbangan terus Kota Bharu ke Johor Bharu banyak menjimat masa dan mengurangkan kepenatan kami berdua.
Majlis perkahwinan di Johor sering membuatkan penyakit "severe migraine" menyerang tanpa belas kasihan.Muzik karaoke,nyanyi-nyanyian cukup memebuatkan suami tersenyum sinis.Dia cukup mengenali saya yang sensitif bunyi.Mujur tidak disertakan Ghazal atau joget lambak,kalau tidak ,mungkin saya terus pengsan trauma untuk ke majlis perkahwinan :).Tidak sampai beberapa jam,saya tanpa silu mengambil Sentra kesayangan abah untuk ke Danga BAy.Tidak dapat saya bayangkan dengan bunyi seumpama opera China yang membuatkan otak saya menjerit-jerit kebosanan.
Walaupun saya hanya singgah ke Johor Bharu sebentar,budaya" bersuka-sukaan" amat melemahkan jantung.Saya keberatan untuk pulang ke Johor hanya untuk melihat dan mendengar lagu-lagu dendangan yang menyakitkan aqal dan hati..Lewat Asar ,saya ke Singapura,menyusun senyuman,banyak yang ingin saya "beli" "rasa" dan hadiahkan....
Tempat ini berjaya membuatkan hati saya berbunga-bunga riang,dan berjaya mengempiskan dompet saya dan suami. Walaupun jumlah buku yang di beli tidak banyak,terasa seperti insan dua darjat apabila Ringgit di tukar menjadi Dollar..
Koleksi buku-buku sini dari segala ceruk rantau.Banyak buku-buku yang hanya boleh didapati di Amazon,ada di jual di Wardah. Kedai ini terletak berhampiran Masjid Sultan.Harga buku-buku pula lebih kurang sama seperti di UK .Harganya kompetetif dan kalau dek kerana terlupa menukar duit ,pasti banyak yang saya beli.Namun,buku-buku di sini boleh di beli di atas talian.
Kunjungan saya yang sebentar di Kota Singa juga di lengkapkan dengan ziarah Maqam Habib Nuh.Begitu juga ziarah Hari Raya di Kota Singa...terima kasih untuk sahabat yang sudi melayan...sudi pula membekalkan kuih raya untuk di bawa pulang..hehe
p/s....
'sahabat'...jom decide tarikh nak ke Turki....
No comments:
Post a Comment