Semenjak menjadi "orang tua" ,kenduri kendara menjadi rutin jadual saya.Budaya masyarakat Kelantan dan acara makan-makan pula umpama aur dan tebing.Pada Syawal yang masih bersisa,saya rasa ralat sedikit tidak dapat menikmati biskut raya yang menjadi idaman hati.Raya pertama saya berada di Kampung Laut,melayan tetamu sekadar ketika sakit perut yang tak habis.Hanya sempat beraya dua rumah kunjungan wajib hanya selepas 8 malam.
Jadual hari Raya kedua juga meraikan majlis Aqiqah di Kampung Laut,12 tgh malam bertolak ke Johor,dan lusa 12 tgh malam bertolak ke Kota Bharu semula.Hari raya kelima ,dalam kepenatan yang memang hampir saja tersembam,lima majlis wajib dari seawal pukul 11 hanya pulang ke rumah hampir 1 pagi..Pada malam yang sama sempat meraikan rakan -rakan dari Kedah dan Perlis.
Kemudian raya menamatkan cerita,pejabat,rutin kerja sehinggalah menerima kunjungan Kak Halimah.Rasa ralat kerana tak dapat menyongket ke sana kesini. Saya hanya sempat bersama kak Halimah pada hari Khamis.
Tempat pukul satu pagi malam Jumaat,dek kehabisan tenaga,saya di landa demam panas.Mujur ada rakan menemani kak Halimah,rasa terkilan hanya Allah yang tahu,Namun demam bukan alasan,keesokkan pagi selepas beberapa papan panadol,saya bersedia untuk menerima kunjungan tetamu seramai 23 orang dari Pulau Pinang.Dan sehingga hari ini,jadual masih berjalan.Sebentar lagi akan terbang ke Johor Bharu dan singgah ke Singapura.Esok kembali ke Kota Bharu untuk UPSR pada lusa.Hari Khamis mungkin terbang semula...semoga saya tidak rebah,
No comments:
Post a Comment