Monday, October 1, 2012

Gambar-gambar........

Nasi tumpang,,,makanan tradisional Kelantan,nasi  yang disusun dengan diselangselikan dengan variasi lauk-pauk.Sedap dan hampir pupus kerana memerlukan seni dan kesabaran yang tinggi bagi menghasilkanya.


Gula batu bersama zaffaran dari Iran.Di celupkan ke dalam minuman dan di percayai mempunyai khasiat perubatan.Masih tidak ada di pasaran Malaysia.Sedap di minum bersama cay.

 Tugra,khat dari Turki.Saya banyak memborong tulisan-tulisan ini di grand Bazaar.Di "framekan" untuk menambah seri.Harganya bergantung kepada kualiti dan kehalusan tulisan.

Gambar di Istanbul,khat yang di tulis dalam bentuk burung.


Sempadan Syria -Turki sebelum bergolak.Suami saya merentasi beberapa negara melalui jalan darat,terutama Syria-Turki.Beliau sempat mendengar amanat di Masjid Umayyad semasa krisis hampir meletus.

Buku-buku kiriman dari Turki.Percuma untuk kegunaaan Maahad Tahfiz Wal Qiraat An Nur.

No comments:

Post a Comment