Thursday, October 4, 2012

ITQAN

      Perkataan "ITQAN" sangat menggamit hati ketika kerja rutin yang semakin bertambah tanpa berkurang.Saya kurang cakna dengan  konsep ini,dan terasa ingin mendalaminya.Maksud ‘itqan’ dalam bahasa Arab adalah melakukan sesuatu dengan penuh komitmen, kemahiran yang tinggi dan iltizam.Sentiasa menjadikan kecermerlangan dalam kayu ukur.Dalam kerjaya seharian,"dateline","sosial meeting""proposal" "consultancy" seperti irama yang menjadi makanan jiwa.
     Mengurus staff dari pelbagai latarbelakang,berurusan dalam banyak bidang banyak memberi peluang untuk saya belajar.Mengurus manusia secara individu  dalam sesebuah organisasi pula sememangnya  menjanjikan pengalaman yang bukan sedikit.
     Lewat semalam  saya tertidur hampir pukul 2.30 pagi.Pulang kerumah bersama suami dikala embun jantan sudahpun bertitik ,bukan satu perkara yang pelik.Suami yang sibuk tidak berkesudahan,memerlukan saya mengadaptasi waktu tidur atau waktu berehat.Saya diajar berfikir diluar kebiasaan sedari usia awal perkahwinan.Tiada masa bergoyang kaki atau bersenda tanpa kerja.Walaupun suami saya tidak mengajar "itqan"atau mendidik saya secara langsung,saya cukup memahami tuntutan kerja yang memerlukan komitmen tanpa mengira masa atau wang ringgit.
   Memerhatikan suami dalam usia lebih sedekad,saya diajar secara jelas untuk bersedia bagi menghadapi semua kemungkinan.Sesuai dengan sabda nabi,manusia yang terbaik  ialah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.Cuma,kadangkala sebagai insan yang lemah,emosi saya juga agak terganggu.Namun bila saya di  beri masa untuk berfikir,saya cukup sedar tugas sebagai manusia itu cukup banyak.Dan masa semakin singkat.Mukmin hanya berehat dalam ruang yang dipanggil "kematian"
   Belajar dan mempraktik adalah dua aspek yang mempunyai dimensi tersendiri.Rasa letih atau penat adalah adat manusia biasa.Nilai itqan banyak menjadikan empayarIslam berkembang luas.Komitmen umat terdahulu membina tamadun,masih memberi kesan sehingga hari ini.Bekerja  dengan penuh kesungguhan atau bekerja kerana semata-mata kerja-semuanya pilihan iman.

1 comment:

  1. Ya,

    Sebaik-baik muslim adalah yg memberi manfaat pada orang lain

    ReplyDelete