Catatan 7 November
Semua di dunia adalah pinjaman.Lewat semalam,saya menerima berita duka kehilangan permata hati dua sahabat yang jauh dimata dekat dihati kami.Kehilangan bayi yang masih kecil pastinya meruntun jiwa.Pada petang sebelumnya,suami menziarahi seorang rakan yang terlantar akibat serangan stroke.Usianya baru memasuki ambang 30-an.Kami bersama beliau dan isteri sama-sama menunaikan haji pada tahun lepas.Berkerjaya,mempunyai masa depan yang cerah,masih muda,semua boleh ditarik sekelip mata.
En suami pula,baru sahaja pulang dari perjalanan jauh pada petang 4 November.Kesokkan harinya ,kami diziarahi rakan dari Kuala Lumpur.Saya hanya sempat berjumpa beliau beberapa jam kerana masing-masing sibuk dengan jadual yang sedia penuh.Jika diizin Allah,suami akan berangkat semula ke MAdinah pada 17 November ini.Visa ziarah sudah siap diproses sebaik sahaja pulang dari Mekah dan Istanbul pada 4 Nov.JAdual semakin menghambat.
Dengan keadaan sedikit penat, Pada pagi 7 November,pembantu memaklumkan ada pegawai dari Kementerian menunggu saya di talian.Saya berharap tiada tambahan kerja disaat kepenatan memang sukar digambar dengan kata-kata.Rupanya-rupanya 2 wakil Kementerian akan membuat lawatan rasmi kurang dari dua jam.Lawatan kerja dengan notis singkat sebegini bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh.
Pilihan bukan satu alternatif.ALhamdulilah,dengan sahabat-sahabat dan rakan sekerja yang banyak membantu,2 jam lawatan kerja pihak kementerian berjaya kami tempuhi.Walaupun natijah tidak seindah harapan,saya sangat positif dengan makna tawakal.
Sedikit nasihat dari suami,sekiranya saya merasakan tekanan,ada baiknya melepaskan bebera perkara.Mungkin masanya belum bersesuaian.Pendirian saya,jika ia melibatkan kepentingan awam,cuba sahaja,jika berjaya,ia satu kemenangan,kalau kalah ia juga satu kemenangan.Moga saya tidak mengalah separuh jalan.
Dalam kehidupan,bukan semua di bawah kawalan manusia.Hidup dalam keadan teka-teki yang tidak berkesudahan,mungkin lebih menarik.Semoga warna-warna pelangi akan muncul selepas hujan.Kalau saya kalah,biarlah kalah selepas berusaha.
No comments:
Post a Comment