Wednesday, June 6, 2012

Siti Khadijah.

  Ramai di kalangan rakan-rakan tidak pasti bidang pekerjaan yang saya ceburi,Ramai meneka saya seorang guru.Ada yang meneka itu dan ada pula yang ini.Dalam profesionalisme kerjaya,saya terlibat dalam peringkat pengurusan.Namun,saya lebih suka mengajar,Mengajar bila diperlukan.Saya lebih gembira berada di dalam kelas.
  Dalam perniagaan pula ,saya serius dalam perniagaan sejak 5 tahun lepas.Dari modal RM 200 sehingga la ke modal pusinngan RM 15,000  ribu sebulan.Kadangkala lebih ,dan ada masa  kurang.Jatuh bangun dalam perniagaan sudah saya lalui,
   Saya juga terlibat secara langsung dengan NGO.Bukan sahaja di Malaysia ,malah melangkaui batasan budaya.Tidak termasuk menjadi PA kepada suami.Kebanyakkan kerja  yang tidak bergaji.Suami saya amat tidak suka jika saya bekerja kerana wang.
  Saya juga  amat suka dengan "research". Separuh pendapatan saya gunakan untuk minat yang satu.Ribuan ringgit untuk buku,kertas kajian ,bukan perkara pelik.Jika saya meminati sesuatu,ke Sepanyol sanggup saya  redah.
   Negara seperti Mekah,Syria,Turki,Jordan,Singapura merupakan tempat kunjungan suami saya  yang cukup  kerap.Turki melebihi 8 kali,mungkin lebih.Sehingga  semalam,saya memang tidak minat  untuk menjalankan perusahaan perniagaan yang melibatkan negara -negara tersebut.Namun dek seorang hamba Allah semuanya berubah.Saya cukup tidak suka dengan orang yang menerjah kehidupan orang lain tanpa usul periksa.
    Jadi,dengan galakan suami,saya ingin membuka lembaran baru.Membuka pasaran produk Turki.Mana tahu,selepas dua  buah sekolah,sebuah masjid dan NGO yang saya bantu..dengan pasaran baru ini,boleh saya buka rumah anak yatim,rumah perlindungan kucing.Tiada yang mustahil.Saya biasa bermula dari kosong.Rakan-rakan ,doakan saya.

Gambar-gambar di bawah merupakan produk yang ingin saya jual...Jikaa berminat boleh PM.Mari kita  berbuat kebajikan..membantu diri dan masyarakat.


                                                            RM 45 untuk seunit
                                                           
                                                       

                                                            RM 80 SEUNIT



  Banyak lagi gambar-gambar yang akan di upload,Semoga senuanya di permudahkan.





                                                 

1 comment:

  1. Salam Salina,

    Kolay Gelsin, kata orang Turki. Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete