Tuesday, June 19, 2012

Fokus

                    Ramai kawan-kawan agak pelik bila melihat "posting" berbau perniagaan di laman muka buku mahupun di blog saya.Setelah 5 tahun,saya telah bersedia untuk berkongsi ilmu perniagaan yang tidak sebanyak mana.Saya bermula sebagai pembekal.Maksudnya saya tidak pernah menjual produk jualan atau merasa pahit manis menjual barang.Tugas saya hanya menentukan barang yang akan dibekalkan,melabur modal dan menguruskan stokis-stokis yang banyak membantu.
                   Dalam 5 tahun ini,hanya suami dan pembantu peribadi yang tahu saya menjadi peniaga.Pendek cerita saya hanya menggunakan tidak lebih dari satu jam seminggu untuk menguruskan perniagaan yang berskala sederhana besar atau mungkin besar pada sesetengah orang.Dengan dua buah sekolah,pengurusan kompleks,urusan -urusan NGO dan badan kebajikan,urusan "pengembaraan"suami yang hampir setiap minggu,khidmat konsultasi ,staff yang memang dah ramai untuk diuruskan;masa yang saya ada tidak banyak.
              Namun  saya ada banyak masa untuk membaca berbagai genre buku,membaca beratus-rats majalah ,menelek pelbagai kertas kajian dan melalui kehidupan yang berwarna -warni.Apabila pulang kerumah,saya hanya surirumah.Menjadi orang gaji kepada berpuluh-puluh ekor kucing,membantu ibu mertua sedaya yang ada.
            Rasional "posting " pada hari ini ,saya hanya ingin berkongsi.Masa diuruskan oleh manusia.pilihan bagi menentukan yang terbaik,juga ditentukan oleh manusia.Impak pula berdiri pada takdir Allah.Allah menjadikan manusia tidak sia-sia.di sebalik kebolehan saya menghadapi manusia,saya masih gagal dalam perkara-perkara yang dianggap biasa pada orang lain.
         Manusia yang yakin pada rezeki,tidak pernah risau untuk jadi miskin.Apa yang ditakdirkan milik kita,pasti akan menjadi milik kita.
          Untuk rakan-rakan setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment