Sunday, December 16, 2012

Indonesia

     Saya biasa mendengar mengenai negara jiran yang sangat tersohor ini.Di peta dunia,Indonesia menempatkan Muslim teramai di dunia.setelah beberapa kali tertangguh,akhirnya saya menjejak Indonesia.Tiada jadual membeli -belah atau makan angin.Saya hanya ingin mengenali Indonesia yang saya kenali lewat buku-buku Hamka.Sinetron bukan "makanan" jiwa.Saya tidak mengenali pelakon mahupun nyanyian.Walaupun suami  sering mendengar muzik si Melly,ia bernoktah setakat halwa yang jarang-jarang di dengar.
      Kehadiran saya di sambut "dingin"oleh pihak imigresen.Sama sahaja seperti Singapura.Tidak mahu mengaku mereka memerlukan pelancong untuk menghidupkan ekonomi yang malap.Menaiki pesawat KLM yang birunya menyakitkan mata, krew pesawat yang tua-tua,muka yang masam,layanan yang keras.Teringat saya pramugari Yemenia dari Yemen yang berperangai serupa.Saya memilih Singapore AIrlines atau Malaysian Airlines untuk hospitaliti di udara.
      Bandar Jakarta seperti Kuala Lumpur.Cuma ia lebih padat.Lebih luas,lebih banyak kemiskinan,lebih semuanya.Setelah tiga hari,kami sedikit mahir dengan sistem pengangkutan.Teksi sememangnya murah.Ada yang biasa,ada yang lebih eksekutif.Isunya cukup mudah,berapa yang kita ada untuk mereka.Secara mudahnya,sikpa pemandu teksi di Kuala Lumpur lebih teruk.Jangan bandingkan Arab Saudi,kerana disana ibukota dunia.Kerenah juga pasti bertahap dewa.
       Kami menetap di Le GRandeur.Bilik suite yang terletak di MAngga Dua.Sepanjang di Jakarta saya jarang terserempak dengan rakyat Malaysia.Mungkin sebab kami tidak menyusuri pusat membeli-belah seperti Tanah Abang.Mangga Dua hampir menjadi seperti Bukit Bintang,dikuasai peniaga Cina.Di Le Grandeur juga ramai warga Cina yang datang melancong.Dari butir percakapan,mereka Cina yang tidak berasimilasi.Menurut risik-risik khabar dari udara,ramai warga Cina Tanah Besar memilih Indonesia sebagai negara kedua.Penghijrahan secara ketara mulai memenuhi iIndonesia pada zaman "pemerintahan" Gus Durr.
      Suami lebih meminati Plaza Indonesia dari tempat-tempat lain.Disini terletak pusat membeli belah diiktiraf "jakim".Tidak ada hurungan manusia ataupun lalat.
    

Sunday, December 2, 2012

Saya sudah jatuh Hati....Lone Pine Penang

   Suami dan saya kerapkali mengambil hotel sebagai penginapan dikala berjalan atau urusan yang melibatkan kerja-kerja luar.JIka suami,beliau saya menggilai G-Tower ,sebuah hotel  ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur.Saya pula,sehingga hari ini,tiada butiran hotel kegemaran.Semuanya kelihatan sama.Namun menetap di Lone Pine Penang,banyak merubah persepsi saya mengenai hotel .


Ruang Tamu berasingan


Taman kecil berhadapan dengan bilik yang sangat cantik,hijau dan segar.

Didepan taman yang menghijau pula,laut yang terbentang luas.Hanya 3 minit dari bilik.

Kawasan persekitaran hotel yang banyak pokok-pokok tua yang terjaga.


Ruang yang sangat luas

Bilik yang tidak berkarpet.
Ruang rehat yang selesa

Beranda yang banyak tingkap dan klasik


Tuesday, November 20, 2012

Perkongsian perjalanan ; Tips membawa kanak-kanak bercuti.




Kedua-dua anak saya diajar mengembara/berjalan-jalan sejak dari usia bayi.Jadual kami yang sentiasa  bergerak ,turut mendedahkan kepada anak-anak kehidupan yang sedikit lasak.Di bawah di beri sedikit perkongsian atau tips-tips membawa kanak-kanak berjalan-jalan.


Penang:Percutian pecut dek kerana ayahanda yang sibuk

Istanbul: April 2012

Tasik Banding








# Sentiasa membawa snek seperti biskut di dalam beg yang di bawa oleh anak-anak.Mereka mudah lapar.
#Sentiasa membawa ubatan asas seperti ubat demam etc,terutama kalau berjalan jauh.
#Ibubapa perlu memastikan ada pakaian gantian yang  mudah di capai,kebiasaannya saya menyediakan beg yang dibawa sendiri oleh mereka.
#Jangan biasakan anak-anak dengan rutin nasi sebagai makanan utama,mereka sukar berjalan jika diajar dengan makanan khusus.Dedahkan dengan pelbagai jenis makanan.
#JIka berjalan dengan kereta,sediakan bantal kecil .
#Bagi penerbangan jauh,kanak-kanak boleh meneroka flight entertainment,atau membuat aktiviti membaca atau mewarna.Kebiasaannya mereka akan mendapat "hadiah"dari syarikat penerbangan.
# Sentiasa mengambil sarapan pagi sebelum memulakan lawatan.
#Sediakan beg  plastik untuk persediaan membuang sampah atau muntah.
# Ajar mereka untuk berjalan disisi ibubapa.
# Letakkan no /nama yang boleh dihubungi didalam beg galas.Ia berguna jika mereka hilang.
# Elakkan berjalan di tempat yang sesak bersama kanak-kanak.

Wednesday, November 7, 2012

Tawakal itu indah,berjuang itu lebih indah

     Catatan 7 November

      Semua di dunia adalah pinjaman.Lewat semalam,saya menerima berita duka kehilangan permata hati dua sahabat yang jauh dimata dekat dihati kami.Kehilangan bayi yang masih kecil pastinya meruntun jiwa.Pada petang sebelumnya,suami menziarahi seorang rakan yang terlantar akibat serangan stroke.Usianya baru memasuki ambang 30-an.Kami bersama beliau dan isteri sama-sama menunaikan haji pada tahun lepas.Berkerjaya,mempunyai masa depan yang cerah,masih muda,semua boleh ditarik sekelip mata.
       En suami pula,baru sahaja pulang dari perjalanan jauh pada petang 4 November.Kesokkan harinya ,kami diziarahi rakan dari Kuala Lumpur.Saya hanya sempat berjumpa beliau beberapa jam kerana masing-masing sibuk dengan jadual yang sedia penuh.Jika diizin Allah,suami akan berangkat semula ke MAdinah pada 17 November ini.Visa ziarah sudah siap diproses sebaik sahaja pulang dari Mekah dan  Istanbul pada 4 Nov.JAdual semakin menghambat.
        Dengan keadaan sedikit penat, Pada pagi 7 November,pembantu memaklumkan ada pegawai dari Kementerian menunggu saya di talian.Saya berharap tiada tambahan kerja disaat kepenatan memang sukar digambar dengan kata-kata.Rupanya-rupanya 2 wakil Kementerian akan membuat lawatan rasmi kurang dari dua jam.Lawatan kerja dengan notis singkat sebegini bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh.
      Pilihan bukan satu alternatif.ALhamdulilah,dengan sahabat-sahabat dan rakan sekerja yang banyak membantu,2 jam  lawatan kerja pihak kementerian berjaya kami tempuhi.Walaupun natijah tidak seindah harapan,saya sangat positif dengan makna tawakal.
     Sedikit nasihat dari suami,sekiranya saya merasakan tekanan,ada baiknya melepaskan bebera perkara.Mungkin masanya belum bersesuaian.Pendirian saya,jika ia melibatkan kepentingan awam,cuba sahaja,jika berjaya,ia satu kemenangan,kalau kalah ia juga satu kemenangan.Moga saya tidak mengalah separuh jalan.

 Dalam kehidupan,bukan semua di bawah kawalan manusia.Hidup dalam keadan teka-teki yang tidak berkesudahan,mungkin lebih menarik.Semoga warna-warna pelangi akan muncul selepas hujan.Kalau saya kalah,biarlah kalah selepas berusaha.
    

Monday, October 29, 2012

MUsafir

       Sambutan Aidil Adha pada tahun 1433 H membawa saya pulang ke  Johor bersama-sama anak-anak.Suami pula telah bertolak ke Mekah beberapa sebelum tarikh itu.Pertama kali saya bermusafir tanpa suami.Secara dasarnya,walaupun suami saya amat moden dalam sesetengah perkara,bab-bab melibatkan keselamatan dan ketetapan hukum tidak pernah diambil enteng.
     Saya sendiri,walau biasa bermusafir ,tidak tegar kemana-mana tanpa keperluan yang betul-betul penting.Namun disebabkan ada keperluan dharuri,saya terpaksa pulang dengan syarat.Saya hanya di benarkan  pulang dengan penerbangan dan ibubapa saya mestilah mengambil saya dilapangan terbang.
      Bagi pasangan moden,perkara ini mungkin di lihat kolot.Tapi bagi saya ini adalah satu kewajipan.Wanita mudah terdedah dengan pelbagai risiko.Cara yang paling baik ialah dengan meminimakan sebarang bentuk kemungkinan.
         Kadar perlakuan jenayah di Malaysia sebenarnya amat menakutkan.Walau secerdik mana seorang wanita,naluri dan fitrah kita memerlukan penjagaan dari Mahram.Kepada rakan-rakan di luar sana,kita mungkin selamat pada hari ini.Tapi untuk esok...?Setiap hukum atau panduan di dalam Al Quran adalah satu perintah.Mungkin terasa payah...namun ia adalah satu perintah.

Tuesday, October 23, 2012

Zulhijjah bulan Haji.

                Terminal Madinatul Hujjah ,Jeddah atau lebih dikenali sebagai terminal Haji dikatakan akan ditutup pada 23  Oktober 2013.Lapangan terbang ini juga tidak lagi menerima penerbangan bagi kebenaran mendarat.Bermula pada 20 Oktober hanya penerbangan Saudi AIrlines yang boleh memasuki terminal ini tanpa menghadapi risiko  di batalkan hak  mendarat.
             Urusan Haji penuh ujian dan mehnah.Pada hari Khamis 18 Oktober,Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan 4000 visa Haji tambahan bagi rakyat Malaysia.Masalah yang paling besar,4000 tiket Saudi Airlines pada saat akhir bukan sesuatu yang mudah.Ditambah pula,semua penerbangan perlu berada di Mekah sebelum terminal di tutup.Itu belum lagi masalah e-visa,hotel dan pengangkutan di Mekah.Selain dari Malaysia,hampir semua negara dikurniakan kouta tambahan pada saat akhir.Justeru itu,harga hotel terus naik mendadak berkali ganda.Katil-katil hotel yang dijual pada kadar 3000 sehari terus menjadi 6000-7000 sehari.
             Bagi en suami setelah hampir 14 hari tanpa rehat dan tidur yang cukup,berkali-kali permohonan visa  tanpa jawapan.Belum lagi masalah kecairan modal.Berpuluh-puluh tiket penerbangan Kl-KB dan bermacam ujian menjawab pertanyaan dan soalan,mendapat 40  visa haji cukup melegakan.Alhamdulilah juga beberapa visa pekerja bagi musim Haji banyak membantu.Menguruskan jemaah bagi menunaikan Haji merupakan tanggungjawab yang besar.Saya kagum kerana semua ini semata-mata bagi membantu sahabat-sahabat yang menghadapi "jalan mati" bagi memastikan jemaah Haji dapat ke Mekah.Walaupun separuh semangat saya "hilang" tanpa suami,saya cukup"terkesan" dengan makna dan maksud pengorbanan.Haji itu seluruh kehidupan....

semoga saya boleh menjadi sekuat dan setabah en suami.....ameen

Thursday, October 11, 2012

Manusia itu lemah,,

      Menetap di Kota Bharu dan bekerja di Kuala Lumpur tidak menjadi sesuatu yang pelik bagi suami saya.Berulang -alik hampir setiap minggu dengan pengangkutan udara sudah menjadi kelaziman.Tetapi pada minggu ini,beberapa tiket pulang ke Kota Bharu banyak di batalkan.Dari satu hari,di tambah dua hingga berturutan pada hari ketiga.Sebagai isteri saya boleh "membaca" ada urusan yang cukup besar yang masih  belum selesai.
      Anakanda Maryam pula  dilanda demam panas.Hampir dua malam tanpa tidur menemani renggekan si anak.Tanpa di sangka-sangka dua ekor kucing  kesayangan juga tiba-tiba jatuh sakit dan mati.Semalam,setelah demam Maryam sedikit kebah,dan urusan pejabat dapat saya susun,saya terbang dengan penerbangan 6.40 pagi  dengan penerbangan MAS.Saya yakin"sokongan moral" cukup penting untuk suami.Bermula dengan urusan di imigresen,bertemu dengan sahabat ketika "ralit" bermain game sambil menunggu urusan selesai.Sesungguhnya saya amat memerlukan tidur,dan terasa proses berfikir menjadi terlalu perlahan.
         Satu hari yang pendek di penuhkan dengan pelbagai urusan.  Dari urusan protokol,Kedutaan,Imigresen,saya yakin hanya semangat  yang berbaki.kedua-dua kami memang kehabisan"bateri".Deringan telefon tanpa henti,urusan yang masih tersekat-sekat,semuanya adalah medan ujian.Walaupun semua kerja-kerja yang tidak berbayar,saya yakin ,hargaNYA cukup mahal di sisi tuhan.
    Menjelang 3 petang,tekanan semakin  memuncak.Kami mengejar masa yang cukup terhad.Suami pula mengejar  "keajaiban".Tiket pulang ke Kota Bharu masih belum di proses.Sukar untuk kembali dengan urusan masih tertangguh.Namun saya perlu pulang sebelum hari yang "panjang" ini tamat.Akhirnya tiket akhir MAS kami proses.Dan suami pula perlu kembali pada 6.40 pagi keesokanya.Terbang seolah-olah kami seekor burung.Berjumpa dengan anak ketika orang lain di selimuti dengan mimpi.
    Pagi ini,saya ke lapangan terbang menemani suami ,lantas ke pejabat dengan meja yang penuh.Cuti adalah perkara terakhir yang boleh saya fikirkan.Jika tidak ada aral melintang saya akan bekerja 7 hari tanpa cuti untuk bulan September dan Oktober ,November dan Disember.Kami kekurangan kakitangan,dan urusan pula dengan pelbagai pihak.Di bahu saya bukan hanya ada sekolah atau Kompleks,1001 satu macam urusan yang mungkin sukar untuk di kongsikan.....