Thursday, February 3, 2011

kisah baju

-Sepanjang perkahwinan saya dan en suami,dia jarang-jarang sekali mengenakan persalinan baju Melayu,hatta pada Hari Raya.Dek malas mendengar rungutan saya,en suami bersetuju membeli sepersalinan baju Melayu.Baju berkenaan kami beli hampir 4 tahun yang lepas.Namun hanya dipakai sekali dua sahaja.Untuk memilih fabrik tersebut,jenuh juga kaki saya melangkah dari satu kedai ke kedai lain.Akhirnya Baju Melayu berwarna kelabu lembut (sebenarnya saya tidak pasti warna baju tersebut ,kerana warnanya agak unik aka..berbaloi la saya membeli kain itu).Itu tidak termasuk cerita baju itu dijahit dua kali ,kerana tidak berpuas hati dengan hasil kali pertama.Pendek kata mengingati kisah baju itu cukup membuat saya berfikir dua,tiga mungkin seratus kali sebelum menyuruh en suami berbaju Melayu.Saya juga merasakan noktah baju itu akan menjadi kenyataan.Namun,tanpa saya sangka,2 minggu lepas baju itu hilang di kedai dobi.Pada kebiasaannya ,saya yg menguruskan urusan dobi mendobi,bila en suami mengatakan baju hilang,saya mulai tak berapa nak berasa selesa.Saya pasti jodoh kami dengan kedai dobi selama 3 tahun ini akan berakhir.bukan talak satu,mungkin 3.Lebih-lebih lagi dengan kurang profesionalnya pengurusan menguruskan permasalahan ini.Saya amat memahami en suami yang cukup menghargai nilai sentimental.Setiap barang mempunyai cerita nya yang tersendiri.sekiranya pihak dobi mengambil langkah segera,pasti perkara ini tidak menjadi besar.Mujur sahaja tidak diadadukan dengan Tribunal.untuk tauke kedai dobi,belajarlah menghargai pelanggan.

No comments:

Post a Comment