setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Thursday, December 2, 2010
..sambungan Mekah-
...Sekiranya org lain ke Mekah boleh menikmati kedamaian,ketenangan dan seribu cerita kesyahduan atau sebagainya,kami berdua pula,makin bertambah tanggungjawab.Dari perjalanan menaiki bas ke Madinah,sudah bermula bermacam-macam cerita.Akhirnya dari diam membisu,suami pula kena meringankan diri untuk membantu apa yang patut di bantu.Sepanjang perjalanan,banyak perangai manusia yang boleh kulihat.Sungguh benar,Mekah bumi barakah,segala aib diri,jika diizinkan Allah akan dibalas secara tunai dibumi ini.Maha suci Allah,melihat telatah manusia berbagai ragam,membuat diri ini lebih nekad memperbaiki sebaik mungkin kekurangan diri.Jagalah pertuturan.Jagalah adab sopan.Jagalah niat agar tidak terpesong.Bukan sahaja semasa di Bumi Haram,tapi disetiap pelusok bumi Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment