Maryam dan Misha'al mempunyai sepupu yang hampir sebaya dengan mereka berdua.Berbeza dengan mereka,Damia dididik dengan sistem pendidikan yang teratur.Membaca,menulis ,mengira,menghafal doa dan pelbagai silibus yang menjadi pilihan ibubapa pada masakini.
Saya pula,hampir-hampir tidak mendedahkan langsung kemahiran yang dianggap penting bagi ibubapa lain.Pada pandangan sesetengah orang ,ini merupakan satu kerugian kerana tidak melaksanakan proses pendidikan dari awal.Belajar ABC itu penting,menjadi hafiz pada usia muda juga penting.Semuanya yang dikatakan sistem itu penting.
Bagi saya,mendedahkan anak-anak bagi tujuan pengenalan boleh membantu perkembangan mereka.Namun tidak perlu memaksa.Sekiranya mereka lambat membaca,akan ada deria lain akan menyerlah.Bagi saya,pendidikan adalah proses,bukan matlamat.Naluri kanak-kanak adalah bermain.Bermain ialah cara fitrah bagi mereka belajar.Walaupun Misha'al tidak diajar solat secara rasmi,namun dia sudah boleh solat,malah sudah mengetahui banyak perkara walaupun tidak diajar secara "bersistem".Mereka dilatih tanpa paksaan memerhati keadaan sekeliling.Sebab itu,perkara yang paling berkesan dalam pendidikan ialah dengan memastikan persekitan yang betul dalam mendidik anak.
Maryam juga "di ajar"sesuatu yang berbeza dari kanak-kanak lain.Dia tidak dipaksa ke sekolah.Minatnya ialah melukis,bertanya tanpa henti,dan seorang pemerhati yang cukup tajam.Disebabkan dia tidak di fokuskan dengan sistem pendidikan yang "keras" dia lebih terbuka dan mudah bertoleransi dengan rakan sebaya.
Saya berpendapat,pendidikan di Malaysia terlalu jauh kearah melahirkan insan kamil.Pendidikan yang ada hanya meletakkan sasaran demi sasaran.Proses menjadi serba kalut,kanak-kanak menjadi tertekan.Ibubapa pula secara membuta tuli mengambil bermacam konsep tanpa melihat kemandarian anak mereka secara individu.
Pendidikan bukan untuk melahirkan doktor,pensyarah atau peguam,Pendidikan ialah bagi menghubungkan dunia dan akhirat.Ibubapa yang meletak setinggi gunung harapan,belajarlah makna dan definisi keberkatan dalam menuntut ilmu.Jangan jadikan anak anda robot baik dalam akhlak atau pemikiran.Beri mereka sedikit ruang.
setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Tuesday, April 3, 2012
Sunday, April 1, 2012
Jom melancong
Kelantan.....apa yang anda perlu tahu
1.Bukan semua makanan yang di hidangkan manis,pilihannya berbagai ,terpulang pada selera masing -masing.Ada nasi ulam,nasi kerabu,nasi tumpang,nasi dagang,nasi berlauk,nasi seratus.Makanan seperti tomyam,sup perut ,sup gear box,dan ratusan pilahan.Antara resoran popular sekitar Kota bharu,Kedai Nasi Ulam Cikgu,Yati Ayam Percik,Restoran Syam,Restoran Mak Su Nab,Selera cik Siti,dan ribuan kedai.Masyarakat di sini amat menghargai seni makanan.Wujud juga Murtabak Raja,Jala Emas,Akok.Kuih kuih ini menjadi pilihan untuk di bawa balik sebagai ole-ole.
2.Istilah duit jarang kedengaran.Hanya pitih,Riyal,Samah dan beberapa istilah setempat.Berapa rial bersamaan berapa RM.Samah pula merujuk lima puluh sen.Tiga amah,1.50 sen.Gori,pula merujuk kepada pelanggan pertama yang membeli,atau antara pelanggan yang awal datang untung membeli.Budaya tawar menawar menjadi adat setempt.Sila maniskan senyuman,pasti harga di kurangkan.
3.Menjamu nasi kepada tetamu adalah adat yang biasa bagi masyarakat setempat.Sila raikan tuan rumah,dengan menambah hidangan yang di sediakan.Laksa bagi setengah-setengah tempat,menggunakan tangan bagi mengantikan sudu.Sila bawa cenderamata sebelum berkunjung sebagai tetamu.
4.Kereta mewah,rumah banglo,jutawan di Kelantan adalah fenomena biasa.Masyarakat di sini tidak di didik mengelaskan masyarakat mengikut status.Jarang protokol di patuhi,hatta mengundang Menteri Besar ke rumah.Semuanya di layan mengikut syariat yang di gariskan di dalam Al Quran.
5.Nikah kahwin.kenduri -kendara,kematian ,kelahiran,sakit demam ialah ziarah yang hampir menjadi wajib di negeri ini.Pemberian wang tunai untuk acara-acara dia atas juga lumrah.Gula,susu dan biskut seringkali di jadikan buah tangan untuk acara kenduri dan perkahwinan.
bersambung
Monday, March 26, 2012
Mari Beramal.
Dalam tempoh seminggu yang baru berlalu,saya menerima banyak cek menyumbang untuk pembinaan masjid.Walaupun jumlahnya banyak,namun jumlah yang diperlukan lagi masih mencecah RM 300,000.00.Ribuan terima kasih di rakamkan kepada kerajaan Negeri Kelantan yang telah memperuntukkan dana sebanyak RM 10,000.Begitu juga PMBK,PKINK.Beberapa cek dari MAik,Jaheik juga dikatakan dalam pemprosesan.Penderma-penderma perseorangan juga makin bertambah,dan tiada yang lebih afdal,selain dari penghargaan dan ucapan terima kasih.
Selain dari Masjid,saya masih sibuk dengan dana program Umrah pada Jun,Hampir RM 10,000 di perlukan.Di minda saya ,kiraan duit memang tidak pernah berhenti.Terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kebajikan kadang-kadang menyesakkan dada.Simpanan peribadi turut mencair,apabila dana yang di cari masih tidak mencukupi.
Tetapi,di sebalik ketentuan ini,saya bersyukur kerana dipilih dan memilih jalan ini.Walau terasa letih ,paling kurang saya tidak hidup untuk diri sendiri.Masyarakat masih memerlukan ramai insan-insan yang boleh membantu orang lain.Untuk suami,terima kasih kerana tidak putus-putus memberi galakan untuk saya berusaha membantu orang lain.Terima kasih juga kerana membenarkan saya menghabiskan sebahagian besar masa yang tidak ternilai harganya.
Janganlah kita berasa gundah untuk menginfakkan harta atau masa,kerana semuanya ada ganjarannya yang di janjikan.Tidak perlu mengumpul harta untuk diri sendiri,berpada-padalah dengan kesenangan dunia.Tidak perlu berumrah berbelas -belas kali.Lebih baik kita majukan masyarakat melalui tarbiyyah dan pendidikan.DAn lebih baik jika kita boleh membantu mengerjakan amal soleh.Buka mata dan minda untuk melangkah kepada orang yang memerlukan diri kita.Islam itu lebih luas dari solat ,puasa ,haji sahaja.
Lupakanlah mengira kiraan KWSP,ASB,BON,SIMPANAN,kelak kita akan di soal Tuhan kemana kita melaburkan harta.Tidak lupa juga setiap saat yang kita habiskan.Bersediakah kita untuk menjawab soalan,yang kita pasti akan gagal menjawabnya?

Sunday, March 25, 2012
PaRAnoid
Berbuat baik kadangkalanya tidak memerlukan kos.Melalui kehidupan seharian kadangkala sering membutakan mata.Kita asyik dengan dunia ciptaan kita sendiri.Kita kononnya amat sibuk dengan kerjaya.Amat sibuk juga dengan keluarga.Itu hanya plot-plot kehidupan yang hanya bernilai setitis embun.Mungkin tidak berharga di sisi Tuhan.
Saya melihat rakan yang taasub dengan Phd.Phd katanya boleh menjamin kehidupan.Terpendam dan tersekat di sanubari,alangkah ruginya dia,sekiranya Phd itu mendekatkan dia dan mereka yang memerlukan,betapa berharganya sekeping sijil itu.Ada juga rakan yang tenggelam dengan kerjaya.Meniti tingkat-tingkat pengiktirafan manusia,sedangkan masa dan nafasnya semakin kekurangan oksigen.Malaikat menjengah setiap hari,tapi diperdulikan.
Saya lemas dengan si pengumpul harta,ingin aset,ingin jaminan,ingin semuanya.Lupakah mereka ruang kubur tidak boleh menempatkan satu pun ,harta sebiji basikal.
Walaupun apapun skrip kehidupan,betulkanlah niat untuk hidup.Hidup dan mati untuk Tuhan.Lupakanlah keakuan,hidup untuk kekayaan yang abadi.

Friday, March 9, 2012
ANak-Satu anugerah
Suami saya mempunyai 10 orang adik beradik.Jumlah yang agak ramai ,berbanding saya hanya 4 sahaja.Tujuh dari mereka adalah lelaki.Sewaktu saya berkahwin,suami saya baru berusia 24 atau 25 tahun.Adik kedua pula sebaya saya.Adik ipar saya dan isterinya seorang doktor.Tidak seperti suami,dia hanya mendirikan rumahtangga semasa berusia 28 tahun.
Hampir semua adik beradik suami dinikahkan oleh Tok Guru Nik Abd Aziz.Dinikahkan oleh Menteri Besar bukan satu kepelikkan di Kelantan. Di sini agama menjadi cara hidup,Pangkat tidak membezakan sesama manusia.
Selepas setahun di nikahkan mereka dikurniakan cahaya mata comel bernama Nik Fatimah Damia'.Sebaya dengan Maryam ,puteri saya.Seperti Maryam,Damia' juga memanggil saya mama.Puas di pujuk bondanya,namun panggilan itu kekal hingga kini.Jauh di sudut hati,saya kasihi Damia 'sama seperti saya menyayangi Maryam.
Tidak beberapa lama selepas kelahiran Damia',Marhamah,adik yang saya kasihi dikurniakan hadiah kedua,Namanya Nik Aishah Humaira'.Namun ujian Allah bermula buat kedua mereka.Di pinjamkan sebentar,kemudia kembali kepada Pemilik Nya.
Hanya tangisan mengiringi pemergian bayi kecil ini.Begitu juga bayi mereka yang seterusnya.Beberapa kali kehilangan anak cukup memudarkan senyuman kedua suami isteri ini,Ujian Allah untuk menambahkan keimanan.
Kini,Marhamah sedang bercuti tanpa gaji dari tugasannya.Dia sedang menunggu hadiah Dari Pencipta.Semoga episod duka akan berlalu.Semoga kedua-dua adinda saya ini dberi zuriat yang di tunggu-tunggu,Ameen.Mohon di doakan.
Wednesday, March 7, 2012
Thursday, March 1, 2012
Maryam
Saya jarang bercerita mengenai Maryam.Diputerikan di Kota Bharu pada 13 Mac.Pada hari ini membesar sebagai puteri tunggal yang amat dikasihi ayah bonda.Maryam banyak "menyalin"genetik ayahanda.Seorang yang kuat semangat,namun tampak lembut.Dikalangan cucunda dia paling banyak mengalah .Jiwanya sangat sensitif.Banyak bayang suami saya pada jasad dan jiwa Maryam.Kami menitipkan Maryam,sebagai lambang wanita beriman,sepertimana cerita dalam surah Maryam.Semasa Nik,nenek kepada suami dan moyang kepada Maryam,dia sering membaca tentang Maryam yang selalu sujud dan rukuk,kisah wanita yang melahirkan insan hebat.Ingatannya cukup baik.Semoga Maryam berbahagia dunia dan akhirat. Bak seperti doa ayahanda,semoga Maryam menjadi penghulu untuk segenap makhluk diakhirat.Ameen.Semoga Nik Lea' Maryam dilindung dari bisikan syaitan yang menyesatkan manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)