Thursday, August 27, 2015

Keguguran: PRA- POST



 Saya biasa melihat drama TV yang mengambarkan darah yang keluar sekiranya wanita keguguran.Jarang drama-drama menonjolkan bahawa ada keguguran senyap,yang hanya disedari selepas pemeriksaan ultrasound atau sebagainya,
   Penulisan ini bukan satu monolog kesedihan,ia hanya perkongsian bagaimana ibubapa boleh menghadapi saat-saat yang sangat menyedihkan ini;dan pilihan-pilihan yang ada selepas keguguran.


Sehari sebelum Ramadhan saya bertemu doktor untuk mengesahkan kehamilan.Pemeriksaan urine menunjukkan baby mungkin lemah,atau keguguran diperingkat awal.'
Saya dirujuk kepada pakar pada hari berikutnya.Alhamdulila,,ujian ultrasound positif kehamilan hampir  11 minggu menghampiri 3 bulan.

Pemeriksaan selepas Hari Raya pula menunjukkan baby tiada 'fetal heart" ataupun jantung tiada atau lemah.Tiga hari selepas itu ,doktor mencadangkan DNC seminggu selepas tarikh hari iu.

Saya sedaya upaya ingin melihat bayi yang tiada  keluar secara semulajadi tanpa DNC kerana saya mempunyai komplikasi yang berisiko.Doktor memberi jaminan,sepanjang seminggu sebelum DnC saya tidak akan mengalami pendarahan.

Suami dan saya ke Kuala Lumpur dengan kereta pada malam Rabu.Sepanjang di sana,kami melalui jadual yang amat padat santak ke 4 pagi hampir 3 hari berturut-turut.Dalam masa yang sama,kami mencari jalan untuk memboleh janin baby keluar sebelum tarikh DNC.

Pada malam Khamis,saya mulai mengalami pendarahan yang minimal.Saya masih berkeras untuk tidak ke hospital.Malam Jumaat kami bertolak pulang ke Kota Bharu.Sebaik sampai di Kota Bharu pada 4 pagi saya mulai merasai sakit dibahagian perut dan sakit berterusan sehingga pukul 6 petang.


Pukul 6.15 pada petang Jumaat,saya mengalami kontraksi maksimum.Saya meminta suami membuatkan air selusuh.Dek kerana risaukan suami,  saya ke hospital untuk mengelak risiko tumpah darah.


Pukul 6,30 saya ke hospital dan tiba pada pukul 6.45.Saya sempat mengira kontraksi yang berlaku setiap 2 minit.Walapun saya tiada pengalaman kelahiran normal dan kontaksi,bantuan blog-blog sahabat,nasihat doktor banyak memberi saya ketenangan,walaupun kesakitan yang teramat.

Beberapa minit sebelum pukul 7,dan sebelum doktor sempat memeriksa,baby keluar di usia kandungan 4 bulan lebih.Bayi lelaki yang cukup sifat,dipinjamkan sebentar kepada kami.

Sebelum Maghrib,hampi 85% kesakitan hilang,Namun uri masih terlekat.Jika ia masih tidak keluar sepenuhnya,prosedur pembedahan DNC masih perlu dilakukan keesokkan harinya.

 Pada malam itu,sekali lagi saya memohon doa dan air selusuh dari suami.Pada 3 pagi dengan izin Allah,semuanya dipermudahkan.Uri keluar dengan tiba-tiba.Melalui scan ,hampir 90% sisa diperut keluar,tiada prosedur DNC diperlukan.Baki yang ada keluar selepas saya pulang dari hospital.Saya hampir pitam dek darah yang terlalu banyak.

Keguguran adalah ujian sabar.Saya bersyukur ditemani insan tersayang yang menjaga saya hampir 4 bulan dan memastikan saya kuat menghadapi kandungan yang ditunggu  hampir 8 tahun..


Bersabarlah...kita hanya hamba Tuhan.